Hi Salam...
13 Feb hari tu kami ke Seoul lagi... balik kampung (cewah!)...kali ni kami terpaksa pegi musim sejuk atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...haha...dah la masa tu tengah olimpik musim sejuk kat Pyeongchang...ditambah pulak korean lunar new year masa tu...macam raya diorang....kebanyakan tiket bas dan tren dah sold out...kalau ada pung tiket tren dapat yang standing ticket huhuhu....
Bila pi musim sejuk ni aku pung google la aktiviti2 musim sejuk orang korea..tak nak asyik buat benda yang sama je kan bila pi tempat yang sama je...hahaha...nak ice skating bukan teman gheti...buatnya tergolek2 tak ke haru dibuatnya...google punya google nampak 1 blog melayu ni pegi fishing trout kat pyeongchang,,,lepas tu dapat ikan terus bakar dan makan....ishh macam best je kan....
So start la cari info2 pasal fishing trout tu...tapi tak ramai yang update...maybe sebab tak ramai yang pegi lagi. Yang pegi masa tu semua naik bas je...naik bas ekspres dari Dong Seoul Terminal, 2jam perjalanan. Tapi start dari musim olimpik ni kami dapat info diorang bukak tren KTX line baru ke Pyeongchang...perjalanan 1jam 30minit. Tapi tiket tren lebih mahal dari tiket bas ekspres.
So 13hb kami tiba di Seoul tu lepas check in guesthouse semua kami pi beli tiket tren KTX ke Jinbu Station di Seoul Station siap2. Kami beli tiket return sekali.
Seoul Station - Jinbu Station (KTX)
Harga sehala 21,900 won / person
Kami ambik tiket pukul 10 pagi. So make sure 30 minit kene ada kat Seoul Station. Sebelum masuk tu kita kene scan body kat Seoul Station tu...masa kami pi tu ramai foreigner je sebab depa nak pi tengok olimpik..
Pukul 11.30 kami tiba di Jinbu Station. Sebelum Jinbu station kita lalu Pyeongchang station. Jangan gelabah pulak nak turun ingat dah sampai. Trout Festival tu kat Jinbu. Last station kat Gangneung....ha jangan sampai terlajak pulak nanti...dalam map, Jinbu Station tu takde tau...kami masa tu pung gelabah la jugak...hahahahhahaha....
Dah sampai tu kami naik shuttle bus ke Trout Festival tu. FOC je. Trout Festival tu dekat dengan bus terminal so kalau kita naik bas ekspres dari Seoul terus turun kat bus terminal tu dan jalan kaki je. Dalam 5minit ke 10 dah sampai. Masa naik shuttle bus tu kami 2orang je...hahahha...yang lain pi tengok olimpik...
Tiba kat sana kita bayar entrance fee
Ice-fishing 13,000 won
Barehanded fishing 15,000 won
Kami ambil yang open ice fishing je...kalau nak sewa tent tu kene tambah dalam 25,000 won kot...tak sure pulak. Tapi agak menyesal jugak la tak ambik tent tu...sejuk nak mampuih...angin kuat giler...begpek pung boleh terbang...hahahahaha...aku rasa kalau mancing dalam tent tu senang je dapat ikan...tengok diorang kat situ mcm semua dapat ikan...btw kita boleh bawak balik ikan 2 ekor je seorang...so kalau 2orang boleh bawak 4 ekor...kalau dapat lebih kita kene lepaskan ikan tu balik or bagi je kat orang yang tak dapat ikan.
okay! sini akak nak bagi tips
1. pakai kasut yang kalis air dan tapak kasut tak licin
2. bawak tikar macam piknik tu...boleh baring2 intai ikan
3. boleh beli kerusi kat situ harga 6000 won. Beli 1 pung cukup lepas tu bawak balik ye ;)
4. beli fishing rod yang harga 6000 won tu ok sket...yang hat 3000 won tu cam harey je...haha
5. duduk sebelah orang yang dapat banyak ikan...ni penting! hahahahaha
3jam kami duduk situ wei tunggu ikan...dalam sejuk2 gedi tu...pas tu ada lori datang tuang ikan dalam ais tu...masa tu la baru ramai dapat ikan termasuk kami...dah dapat 3 ekor tu dah cukup la....tak larat nak kesejukan lagi..oh ya! kat situ ada mcm tempat rehat dalam khemah. Kalau kita nak rehat2 dulu pas tu sambung lagi mancing sampai muntah pung boleh ataupung kalau tak tahan sejuk ke boleh duduk dalam tu....hahahaha...
Dah dapat 3ekor ikan tu kami nak pi bakar dan makan...lapor weiii....tempat bakar ikan tu di belakang restoran. Ha kalau kita tak dapat ikan kita boleh order ikan bakar kat restoran tu....seekor 20000 won...tapi kami bakar ikan yang kami pancing tadi...hahahahaha...kene bayar 3000 won utk seekor. Nanti diorang siangkan ikan tu dan bagi balik kat kita...lepas tu kita bagi kat tukang bakar ikan. Dalam 20 minit siap dan boleh ngap...
Ikan tu mashaALLAH sedapnya...1st time makan ikan musim sejuk2 ni kan...hahahahha...makan sekor pung dah kenyang so kami decide tapau bawak balik 2 ekor tu....hari tu memang jimat giler duit makan...nasib kami bawak nasik putih sendiri dari umah dan makan ikan bakar je...aduh2 nikmat betul!!
Lepas makan kami jalan2 sekitar Trout Festival tu..sebenaqnya ada macam2 lagi tapi takde orang pung main pung...so kami tangkap2 gambar je...
Antara aktiviti2
Sledding
Bobsleigh-riding
Ice skating
Winter game experience
Bobsleigh-riding
Ice skating
Winter game experience
Tiket tren kami pukul 6. Nak balik ke Jinbu Station tu tunggu shuttle bus kat bus terminal tu semula. Naik je mana2 bas yang nak ke KTX station...best giler la hari tu...kalau nak pegi korea lagi tahun depan nak pegi winter lagi sebab boleh trout fising lagi....hahahaha