Sambung balik cerita Seoul kitorang hari ni. Oleh sebab semalam banyak berjalan & dari pagi sampai malam maka hari ni kitorang keluar dekat kul 12...huhuhu..penat badan uols..tuh pung mlm tadi dok lumur kaki tu dengan krim halia mustajab tu...best sket...Kitorang siap2 brunch megi kari kat guesthouse.
Hari ni kitorang nak ke Namsangol Hanok Village, mcm muzium rumah tradisional korea. Ekceli nak pergi Bukchon Hanok Village tapi mcm tak larat nak jalan. Bukchon ni perumahan tradisional & yg tinggal kat sana org2 kaya. Kalau kita pi sana kita kene jalan senyap2 & takleh buat bising. En Jerry tak mau ke sana katanya so kitorang ke Namsangol je. Kat Namsangol Hanok Village ni aku dah penah datang masa 2008 dulu. So kitorang ke sini cuma nak pakai hanbok je iaitu baju tradisional korea
How to go to Namsangol Hanok Village?
Chungmuro Station (Seoul Subway Line 3 & 4), Exit 4.
Walk along Hanongmaeul-gil st. for 5 minutes.
Untuk pakai hanbok ni kita kena beli tiket iaitu KRW3,000 utk seorang. Lepas tu pegi kat salah sebuah rumah tu ada disediakan pelbagi warna hanbok. Tapi untuk yg big size mcm aku ni cuma ada satu color je. Hampeh!! takde pilihan, amik je la. Nanti dia pakaikan kita hanbok tu & kita boleh berposing sebanyak mana kita nak..tapi sila tangkap sendiri ye. Takde maknanya dia nak layan ko punya posing...kekeke...nasib baik aku ada photographer sendiri. Semua sudut rumah tu la aku berposing. Cuma keluar je takleh...
Dah jenuh berposing kitorang gerak ke Gyeongbukgong Palace. Palace ni pung kitorang dah penah pi dulu so kitorang tak nak masuk dalam cuma nak tangkap dari luar je. Dan wishlist aku nak tengok Royal Guard Changing Ceremony la. Alhamdulillah impian tu termakbul. Kitorang sampai tu ngam2 je baru nak start.
How to go to Gyeongbokgung Palace?
Gyeongbokgung
Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5.
Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2.
Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2.
Lepas selesai acara pak guard tu
kitorang pung bergambar dgn diorg. Muka serius je. Takleh pegang2 ok.
Just berdiri sebelah je. Lepas selesai bergambar dgn pak2 guard tu kitorang gerak ke Itaewon..nak makan kat Murree Restaurant. Lapar giler masa tu. Sebelum tu kitorang singgah kedai serbaneka kat subway tu...ape nama ntah. Singgah beli kudap-kudapan utk alas perot. Aku beli air coklat Hersyes..Sedap la..awat kat Malaysia takdak air tu?
Masa kat kedai tu salesgirl tu tanya aku dari Malaysia ke? Aku jawap ye & macam mana dia tau? Dia cakap ramai orang Malaysia datang situ. Mesti pi Gyeongbokgung Palace tu & mesti singgah kedai dia. Takpung dia nampak aku beli Pringles. Pringles kat sana made in Malaysia.
Lepas makan kat Murree Restaurant kitorang ke Gwangjang Market..Shopping!!Shopping la sgt. Ekceli kakak ipar en jerry suruh belikan sutera korea tapi yg murah punya...hahaha..Kitorang pi kedai kain yg direkemen oleh blogger zarina tu. Gwangjang market ni ada 2...satu jual textile mcm baju, hanbok, kain pasang, comforter, bantal dll. Ia dibuka dari pagi sampai pukul 6pm shj. Lepas pukul 6pm kedai2 jual makanan pulak.
How to go to Kwangjang @ Gwangjang Market (Hyun Woo Silk)
Get off at Jongno 5(o)-ga Stn, Exit 11
Kalau tak jumpa Exit 11, korang ikot je jalan nak pi toilet
Keluar di Exit 11, korang nampak sebelah kiri tu Nonghyup Bank (NH Bank)
Jalan terus sampai jumpa pintu masuk Gwangjang Market
Korang masuk & jalan terus sampai nampak Signboard Orange
Bila dah jumpa Signboard Orange, belok kanan
Cari kedai no 187-188
Kalau nak refer yg bergambar sila refer blog zarina :)
Kedai ni jual kain sutera original made in korea. Kalau org Malaysia beli akan dpt diskaun banyak sebab kebanyakan customer dia dari Kedutaan Malaysia. Menurut anak perempuan tokey kedai ni bapaknya dah 30 tahun meniaga kain sutera tu & diorang ada hantar ke Gulatis di Malaysia. Kalau kat Gulatis harga dalam RM500++ Sekarang diaorg baru start terima order online. Diorang ada facebook & sila la LIKE :)
Senarai harga tu aku lupa nak tangkap gambar..tapi aku igt harga2 utk sepasang kain iaitu 4 meter. Kalau uols nak bayar guna Ringgit Malaysia pung boleh. Kalau dikira guna RM lagi murah. Masa aku nak beli tu duit RM tak cukup lepas tu aku tambah duit Won dlm KRW 10,000 pung diorang terima gak. Siap ada balance lagi. Best betul kan shopping kat kedai tu..hehehehe...
Harga normal : KRW 110,000
Harga diskaun : KRW 81,000
Harga diskaun tapi guna credit card : KRW 89,000
Harga kalau bayar guna Ringgit Malaysia : RM260
Setelah bershopping di situ kitorang nak ke Dongdaemun pulak..nak shopping souvenir pulak kat Airirang, Doota Mall. Doota ni buka sampai 5am & salesman & salesgirl kat Airirang tu boleh ckp melayu. Ekceli diorang ni orang Indonesia. Doota ni ada 8 tingkat uols. Berpinor mata tengok barang2 kat situ. Yang penting kat situ semua pakaian2, beg2 atau kasut2 nya brand Korea.
How to go to Doota Mall?
1) Dongdaemun History & Culture Park Station (Subway Line 2, 4, 5), Exit 14.
2) Dongdaemun Station (Subway Line 4), Exit 8.
Cross the street and walk for 130m to arrive at Doota.
2) Dongdaemun Station (Subway Line 4), Exit 8.
Cross the street and walk for 130m to arrive at Doota.
Masa sampai tu Ya Ampun ramainya orang Malaysia & Indonesia. Tengah2 pilih barang sampai lagi ahli rombongan. Ramai sangat orang sampai taktau nak beli apa. Sudahnya aku beli tshirt je untuk adik beradik en.jerry sebab kat situ kain tshirtnya cantik walaupung agak mahal. Sehelai KRW 12,000 uols. Selain tu aku beli sudu korea 1set. Sudu ni memang aku nak beli sgt sebab nanti boleh la mempoyokan diri makan nasi goreng kat umah guna sudu korea...hahaha..
Souvenir aku beli 1 set je. Sebab orang ramai taktau nak pilih & pikir esok kitorang nak ke namdaemun lagi. Shopping kat sana pulak. So kitorang gerak dulu la ye :)
Lepas keluar dari Doota kitorang nak makan ikan bakar kat Dongdaemun. Tapi jam dah pukul 10 lebih. So kitorang punya cari kedai ikan bakar tu walaupung hujan rintik2 telah turun. Takpe ikan bakar punya pasal. Berpandukan map dari blogger, agak jauh jugak la jalan dari Doota tu...huhuhu...
How to go to Ikan Bakar DOngdaemun?
- Smpi di
Dongdaemun Stn, ikut arah Exit 7 & 8 iaitu ke sebelah kiri
-jln trus & masuk ke dlm Dongdaemun Underground Shopping Center
-jln trus & masuk ke dlm Dongdaemun Underground Shopping Center
-masuk dlm Dongdaemun
Underground Shopping Center, jalan terus & keluar Exit 2
-Pastikan sebelah kanan adalah JW Marriot Seoul & di seberang jalan Pyounghwa Clothing (dekat sini First Bridge Cheongycheon Stream)
-Jalan terus depan JW Marriot sehingga jumpa Second Bridge Cheongycheon Stream. Bila dah Nampak 2nd bridge, belok kanan
-Bila dah belok kanan, ikut jalan di sebelah kiri. Kedai ikan bakar di sebelah kiri
-Pastikan sebelah kanan adalah JW Marriot Seoul & di seberang jalan Pyounghwa Clothing (dekat sini First Bridge Cheongycheon Stream)
-Jalan terus depan JW Marriot sehingga jumpa Second Bridge Cheongycheon Stream. Bila dah Nampak 2nd bridge, belok kanan
-Bila dah belok kanan, ikut jalan di sebelah kiri. Kedai ikan bakar di sebelah kiri
Kitorang jumpa kedai ikan bakar tu tapi kedai tu dah tutup...huwaaaaa!sedih...tak merasa la nak makan ikan bakar dongdaemun. Dalam renyai2 hujan tu kitorang jalan balik ke subway. Tiba kat guesthouse en.jerry makan megi aku makan chicken kebab Pasha yg kitorang tapau masa kat Itaewon tadi. Kebab Pasha tak sesedap Ankara Picnic tapi ayam dia banyak...best jugak! :)