November 30, 2010

Sepetang Di PS

hari ni aku pi ps butik...wah rase best tahap gaban aku rase....baru la terase tegang segala urat2 aku & terase darah mengalir laju je ke otak tgk brg2 kat situ....hahaha....takde la lemau je...huhu....

Walaupung aku smpi kul 6 sbb menunggu en.suami hantar ~nasib baik dia tak nak ikot...senang aku nak memilih brg~ kene la tggu dia pi hi-o lu pas tu dia antar aku kat lrt asia jaya...nasib baik nek lrt cpt smpi...kalo naik bas mau terbakar bas tu...dah la jem org kuar ofis....huhu....
tak pi mane pung cuma jln2 kat ps je...oleh sbb dh petang maka kedai2 kat tgh jln tuh pung dah bukak...aku tak borong aperpung...cuci mata je...muahaha....teringat dok upm dulu slalu dtg sini b4 naik bas sbb bas stand upm dpn kotaraya jer....

jln2 tak sedar dh malam ~ kalo bole nak jalan lagi ~ so kene gerak la sbb en.suami tggu aku kat subang perdana....so aku pung naik bas kat bas stand klang....tapi b4 tu aku pi masuk CM dulu...hehe...alang2 jln biar smpi penat...

November 15, 2010

9 SIFAT PERLU ADA PADA WANITA....

oleh in a relationship with Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on
1.Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2.Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

3.Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4.Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5.Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6.Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.

7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8.Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9.Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

November 12, 2010

Berdebar


Semalam pi Pantai pas tu bie wat test sperma..result kuar petang...tapi kuar nak dekat kul 5 so kitorg postpon pagi ni...Pagi ni pi ngan hati yg berdebar nak tau result...huhu

Bile masuk bilik Dr.Kevin dia ckp sperma bie ok..takde masalah...so kalo cyst aku dah kecik ke boleh wat IUI...so dia cek ovari aku guna kamera...tapi cyst aku semakin membesar maybe efek dr obat aku mkn tu...patut le kadang2 mcm rase sakit perot....tapi yg dinding besar kat tepi rahim tu dah takde....

So Dr.Kevin syorkan kitorg wat laparoskopi ngan segera..dia kate isnin or selasa ni pung bole...huhu...pas tu kitorg ckp selase ni nak balik so dia syorkan wat kat KL pung bole...buat di mana2 pung bole asalkan ade yg laparoskopi tu....dia ckp jgn operate perot...xelok...baiklah doktor...

Pas tu aku pung servey la hospital2 yg ade wat bende alah tu...maybe PPUM or Pusrawi or DEMC...or hospital kerajaan je...ikot la mane yg bole cpt...

Doakan saya yer!

November 8, 2010

cinta baru????

"It will be as if i never exisited."~~Edward Cullen

dah beberape ari ni aku membaca novel twilight....tetiba nak beli...nak try la bc...haha

siries aku tak penah tgk lagi citer ni...tuh yg lmbt sket aku nak memahamkan...pas tu bile baca aku akan search kat youtube scene tu...hahaha...biar senang nak imagine....

aperpung edward cullen tersangat la ensem..aku rela la bg tengkuk aku kat pontianak ensem tu....muahahaha.....dia dah mengalahkan jack dawson....camne nih?dah 11 tahun jack dawson jd kekasih gelap aku...

jgn mara ye en.hubby....

November 6, 2010

Di Bikini Bottom

Dah nak dekat seminggu agaknye banjir besar melanda beberapa kawasan kat Malaysia & antara yg paling teruk kat Kedah & Perlis...tapi syukur alhamdulillah Sg Petani tak kena...mintak dijauhkan...

Kesian kat orang2 di kawasan2 utara Kedah...ada gak yg meninggal...huhu...umah kawan2 aku pung kene gak...Semoga diorang tabah & sabar menghadapinye...Aminnn....

Dan tima kasih gak kat kwn2 aku & sedara mara aku yg call & mesej tanya aku kene banjir ke tak...sayang korang kat aku yer....hahahaha....al maalum le aku ni kan dah berhijrah ke kedah....kalo umah aku kene banjir aku le org 1st balik kl....



Gambar pinjam kat kawan kak gie (Asmawi Said Topstar)

November 1, 2010

BIOzone Car Sterilizer

RINGAN • MUDAH • SEGAR

BIOzone Car Sterilizer menggunakan teknologi khusus termasuk 'cold plasma' yang menggabungkan penghasilan ozon dan ion plasma. Ia akan menukar oksigen (O2) kepada ozon (O3) yang kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. BIOzone Car Sterilizer:

* Menyingkirkan bahan organik meruap (' volatile organic compounds', VOC) yang berbahaya, bau tembakau, bau haiwan peliharaan dan bau automobil

* Membasmi bahan-bahan pencemar biologikal (bakteria)

* Menyegarkan udara dalam kereta

Kelebihan BIOzone Car Sterilizer:
• Selamat • Ringan • Mudah digunakan • Mesra alam • Tanpa penyelenggaraan

Cara penggunaan:
Masukkan BIOzone Car Sterilizer ke dalam soket pemetik api rokok. Unit akan dihidupkan (dengan bulb yang menyala). Pasangkan penghawa dingin untuk penyegaran udara yang berkesan.

**sangat berkesan utk menghindar bau kurang enak dlm kereta spt pampers anak, bau ikan masin, bau durian, bau rokok, bau kasut busuk....hehe...tak sampai 5 minit pakai bau dah hilang....

Mohd Soffian Pian khas utk prokok.....utk ilang ngatok tp pstikn tido ckup gak b4 drive....udara nyaman dlm kerta skali tarik nafas 3x kentot tp xde bau hehehehehehe
~~terima kasih atas rekemendation en pian :) ~~

**jangka hayat penggunaan 2 tahun

**jaminan 6 bulan

Harga : RM175 (free postage)

Sila call 012-6605369 (Ina Harun)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...