Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

June 12, 2013

D&C Part 2

Kita sambung kisah Part 1 :)

Lepas d&c tu memang tak rasa apa2...tak rasa sakit pung...cuma terasa senak kat perot...kadang2 macam kembong perot...doktor ada pakaikan kita pad ikat tu...ada keluar darah sikit je...dr kevin bagi obat antibiotik je utk 3 hari...

Bila balik umah tu aku baring je...orang2 yg berpengalaman semua nasihatkan aku pantang jugak mcm org bersalin...pakai stokin jugak lebih selesa...aku pung pantang makan jugak...masa kat hospital tu diorang bagi makan ayam masak kicap...giler sedap je rasa sebab lapo...haha...tapi esoknya rasa merenyam2 kat ari2 tu....itu tandanya kita takleh makan yg gatal2...tapi ada sestengah ok je...ikot orang jugak...tapi yg penting jgn makan telur...takut bernanah...huhu...seremmmm...

Lepas hari kedua aku bleeding....mula tu panik gak...takut la kan kalau2 dlm tu luka ke hape....lps tu teringat doktor ckp mmg akan bleeding lps tu...tapi tak banyak pung....mcm kita period dah pertengahan tu...aku pung kompiuh jugak tu bleeding ke or aku period...ade gak keluar darah berketul2 tapi tak banyak...

Bagi aku memang perkara biasa period aku berketul2...memang dari dulu...dan period juga tak tetap...tu salah satu tanda kot dinding rahim aku tebal...

Seminggu lepas tu aku pi cek balik...darah aku keluar lagi...lepas tu doktor kevin bagi aku obat SunoLut Norethisterone...dia bagi utk 3minggu sebijik pagi & sebijik malam...doktor cakap lepas abis makan obat ni kita akan period & lepas tu period kita akan tetap tiap2 bulan...kalau tak tetap gak dia soh datang cek balik...kalau ok je lagi 3 bulan baru jumpa...dating lagi dgn dr kevin :)

Oh ye...ramai gak yang tanya mcm mane cyst aku boleh kecik & kecut...aku pung tak tau...aku takde pulak pegi urut ke or makan obat ape2...cuma aku ada minum garam buluh selama setahun lebih dan tidor atas tilam Bio Velocity Sleepmate selama 3 bulan lebih ( masa aku update ni) kedua2 ni produk Hai-O Marketing...dah en hubby aku tu bukak stokis Hai-O kan kene la makan produk2 Hai-O....

Kalau nak tau pasal tilam tu boleh klik link di sini :)

Kalau nak tau pasal garam buluh klik kat sini pulak :)


** Kredit to http://norsurianaabdulrahman.blogspot.com/ ~~TQVM :)

D&C Part 1

Hi assalam...

Apa khabar?hari ni nak cerita kisah 30 May yg lalu...kisah yg mendebarkan...haha...
Khamis tu aku buat D&C kat hospital pantai...ini bukan disebabkan aku keguguran...no no no...
Seperti yg semua maklum kalau buat d&c tu mesti sbb keguguran kan...kes aku ni lain sket...dinding rahim aku tebal sangat smpai doktor nasihatkan aku buat d&c tu...
Sebenarnya 3tahun yg lepas aku pi jumpa Dr kevin ni...dia ni salah seorang pakar O&G yg terbaik kat malaysia ni...dan kebetulan dia dok sg petani :) Aku & hubby jumpa Dr Kevin sebab kitorang nak baby slps 2 thn tak melekat2 lagi..hehe...
Cek punya cek doktor cakap aku ader cyst dalam ovari...lepas tu doktor soh buang cyst tu tp biasa la kalau buat kat pantai tebal la duitnya kan...kami ni rakyat marhaen je...
Beberapa kali cek dgn dr Kevin dia ckp cyst aku tak merbahaya...sebab dia tak membesar & tak perlu operation yg cepat la...mcm memahami je doktor ni...hehe...tapi dia ckp kalau nak baby mmg kene buang la cyst tu...
So Doktor Kevin rekemen ke hospital kerajaan...hospital sg petani...bila dah buat appoinment lepas tu esoknya kene admitted pihak hospital call...mintak postpon tarikh operation....ok la kitorang setuju....
Bila tiba sehari sebelum nak admitted lagi pihak hospital call lagi...mintak postpon lagi sebab ade kes yg lebih serius...hospital cakap soh dtg hospital set date lain...haram jadah punya hospital...
Lepas tu kitorang langsung malas nak pegi hospital gomen ni lagi...kitorang postpon...postpon & postpon...Selama tu en hubby mula menabung...hahaha...
Kitorang pung ada gak cek kat hospital lain...memang semua cakap ada endometriosis tu...huhuhu...
Kitorang pung lupa nak cek balik kat Dr Kevin sampai la suatu hari tu aku dpt tau sepupu aku buat operation laparoskopik tu juga untuk buang cyst...macam yg aku kene buat tu la...
Dan yg mengujakan (ayat takleh blah...haha) lepas 3bulan dia buang cyst tu dia dah pregnen...wawawa....bestnya...masa aku tulih ni dia baru 7bulan...
So aku & en hubby pung teruja la nak jumpa Dr Kevin balik...cek cek cek...dia terkejut...dia kata cyst aku dah kecik & tak memerlukan operation...dia pelik kot mcm mane boleh kecik balik..mcm dah hilang...tapi doktor kata kene buat D&C sbb dinding rahim aku tebal...at least kalau buat d&c tu ada peluang 30% nak pregnen...
Seminggu lepas cek tu aku pung buat D&C tu...tapi itu day surgery je...pagi datang petang dah boleh balik...tapi malam tu start kul 12 kene puasa....
Esoknya kitorang check in kul 7.30 pagi kat pantai...rupanya ramai yg check in..almaalom le Dr Kevin baru balik bercuti...hehe...
Tunggu punya tunggu aku masuk bilik bedah kul 2...masa tu sedar lagi...tggu turn...hehe...lps tu pakar bius akan cek & tanya kalau2 kita dah penah operate...kul 2.30 aku last sedar kot tapi 2.45 doktor dah kejut aku...dia panggil nama kita & tepuk2 pipi kita....tapi mamai lagi la walaupung aku gagahkan jugak tgk jam depan mata aku tu...hehe
Lepas tu dia antar balik ke wad...aku tak tido pung sebab lapo...ye la dari pagi smpi kul 3 lbh tak makan...lepas tu nurse antar bubur kacang...makan smpai licin....hahaha...tak pandan perot baru lps cuci...hehe...
Oleh sebab Dr Kevin banyak kes hari tu...kene la tunggu sampai petang jugak...kul 6.30 aku dah check out lps Dr Kevin cek aku ok boleh balik...yeaayyy!!!
Seminggu lagi kene datang cek balik...nanti aku update Part 2 ok :)

Kat sini aku copy paste dari blog DR Hamid Arshad pasal D&C ni...

D&C dan kesuburan



Orang mengaitkan cuci rahin atau D&C hanya untuk tujuan merawat keguguran. Sabenarnya D&C ada banyak peranana lain saperti:
1. Mengatasi perdarahan dari rahim, biasa berlaku pada wanita umor empat puluhan, yang berpenyakit fibroid atau adenomyosis, gangguan hormon.
2. Buat diagnosis untuk mengesahkan kanser rahim atau lainnya.
3. Untuk merawat kemandulan dan  sukar hamil.
4, Lekat uri lepas besalin.

Biasanya selepas menjalani xray HSG, lebih kurang 30% akan hamil dalam tempuh 3-6 bulan jika benih suami normal dan saluran fallopian terbuka lepas HSG. Jika masih belum hamil lagi dalam tempuh itu , saya cadangkan  prosedur D&C dan hydrotubation. Ia dilakukan lepas haid dan perlu diberi bius umum (pesakit tidur)

Bagaimana D&C dan hydrotubation bolih meningkatkan peluang hamil?

1. Dalam prosedur ini saluran pintu rahim perlu dibesarkan (dilatation) dan ini akan mumudahkan benih2 suami masuk kedalam rahim.
2. Dinding rahim atau lapisan endometrium perlu dikikis dan dibersihkan. Biasanya ada berlaku penebalan lapisan ini sebab ia tidak luruh kesemuanya ketika haid, dan lama2 ia bertimbun/menebal menjadikan 'endometrial hyperplasia' atau 'endometrial polyp' yang munkin menyukarkan embryo melekat/implant dalam lapisan endometrium. Lepas D&C, lapisan baru akan dibentuk dan ini munkin memudahkan peroses implantation embryo.
3. Dalam prosedure ini juga saluran fallopio akan diperbesarkan dalam prosedur 'hydrotubation' dan ini memudahkan perjalanan benih2 suami bergerak menuju ke muncung saluran fallopio dimama percantuman benih dan telor/ovum berlaku.

Prosedur ini dijalankan sebagai 'day surgery' , hanya perlu masuk day surgical center hanya separuh hari sahaja. Pesakit datang pagi dengan berpuasa sejak tengah malam. Prosedur dilakukan dengan bius am (pesakit tidur) dan 2-3 selepas itu ia bolih pulang.

Tiada patang larang khas lepas itu, hanya ia perlu tidak mengadakan hubungan dengan suami selama seminggu. Makanan mengikut sajian biasa dan vitamin supplemen perlu diteruskan

Bagaimana peluang hamil ?
Purata antara 20 - 30 % pesakit yang menjalani prosedur ini akan hamil dalam tempoh 3 - 6 bulan.

October 12, 2012

Buasir : Rawatan Alternatif


Hi! Assalamualaikum...

Lama tak update kan...ada byk benda nak tulis tapi bizi...haha...alasan!

Ekceli nak bagitau 1 rahsia utk pesakit2 buasir...baru diketahui...Ini testimoni dari kawan saya sendiri tau..nama dia Cik Gayah(bukan nama sebenar).dia baru je kena dalam bulan lepas..sakit buasir yang kronik...lepas tu dia nak pi klinik cina yang kat pendang tu dah tutup sbb kena sita dgn kementerian kesihatan...hehe

Lepas tu pegi klinik biasa doktor sarankan Cik Gayah operate...tapi Cik Gayah tak nak...seremmmm..so dia pung mencuba rawatan garam buluh...Alhamdulillah selepas 2-3 minggu buasir Cik Gayah dah kecut tapi still kene berpantang juga...

Cik Gayah guna garam buluh dari Hai-O Marketing...Penah dgr tak? kalau nak tau klik di SINI


Secara amnya fungsi garam buluh adalah seperti berikut :)


Cerita pasal Cik Gayah tadi...mula2 dia berendam dengan garam buluh...cara-caranya ialah letak air suam dgn garam buluh 2bungkus dlm besen...pastu duduk dlm besen tu 30minit... buasir makin kecut n gatal2 pun hilang

Lepas tu minum garam buluh sepeket pagi lepas bangun tidur & sepeket malam sebelum tidur...Kalau yg belum pernah minum akan rasa nak muntah...hehe...tapi minum dgn jus epal yg fresh atau yg dalam botol tu...

Sesiapa yg nak beli garam buluh ni boleh hubungi Stokis Hai-O Marketing Sungai Petani di talian 04-4480327 atau hubungi En.Jerry 012-6945675

Harga sekotak garam buluh RM128 (40 peket) + postage ke mana2 seluruh Malaysia RM5


Selamat Mencuba :)



May 6, 2011

Buasir Part 2

Hi...lama giler tak update blog semenjak ada blogshop ni....heee..Kedai on9 kami dah start semenjak Feb ari tu...jemputla datang ye....cuci mata kot2 ada yg berkenan....

Untuk entri ni aku nak mintak maaf sebab sebenarnya ramai yg email & tanya kat FB pasal klinik buasir kat klang & pendang tu lepas diorang baca pasal entri buasir aku tu....sori sebab aku lambat update...bukan ape aku dok sungai petani pas tu bila aku tanya mak mertua aku, aku pung jadi tak paham bila nak explain kat korang kat mana klinik nya tu....sebab aku tak pi kat sana....

Tapi minggu lepas aku balik kampung aku tanya kat pakcik en.suami yg pernah buat rawatan kat sana....dia siap bagi name card klinik tu...memang rezeki korang la eh....

Ng Poh Kok Piles Centre
80-A (First Floor), Jalan kapar, 41400 Klang, Selangor.
No. Telefon : 03-33426853

Consultation Hours :
Monday - Saturday
8am - 12 noon
1pm - 4.30
Sunday
8am -12 noon

Oleh sebab jalan kat klang tu dah berubah aku bg yg senang la..ni pung ikot kata pakcik aku tu...hehe

Klinik tu menghala ke jalan kapar (batu 1) dekat tokong cina
Lepas roundabout sederet dgn bangunan yg ada kamdar
Klinik tu bangunan lama...bangunan buruk sket kot....
Kat bawah klinik tu ada klinik Sukmalingam (xtau la btl ke x ejaan tu)
Kat atas tu klinik buasir tu namanya Perubatan Tabib cina

Good luck!

October 15, 2010

apa itu endometriosis

Penyakit Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.

Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .

Apakah tanda-tanda atau gangguan?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.
Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.
Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.

Keguguran
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

Pengesahan penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.
Pembedahan untuk membuang endometriosis

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang?
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.
Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

* Dicopy dari
BiLerHatiInGinBerBicaRa

August 25, 2010

Lipas mabuk

Hari ni dah 15 hari puasa....yeaayyy!Lagi 15 hari raya!!!Kata sepakat dah dicapai...balik kg 6hb...yeaayyy....

En.suami sedang melakukan serangan maut ke atas lipas2 dalam umah aku...selama ni diorg selambe lipas jer lalu lalang kat hall aku ni...mentang2 aku wat bodo jer...malam ni padan muka...muhahahaha....semua mak2 & anak2 lipas sedang kemabukan terhuyung hayang keluar dr tempat persembunyian...kesian tak sempat nak raya...hikhikhik...yang kelakarnya dah nak mati tu dgn beraninya dia lalu depan kitorang...saje nak tunjuk dia idup lagi...sekali kene sembur mati tros....

Guna la racun penyembur Hai-o 33....

July 6, 2010

Malaysia Dilanda Virus Kekurusan

Malaysia dilanda virus kekurusan sekarang ni sampai aku pung terjebak sama tapi oleh sebab dalam badan ni ade hantu nacik yang kuat maka virus kekurusan itu tak 'lot'...hehe....aku pung sebenarnye hairan kenapa la aku sekarang beria2 la nak diet kunun2nye nak kurangkan sampai 15kg...maybe sebab aku tgk kwn2 aku sume pung nak diet jadi aku pung nak diet jugak....

Masalahnya en.suami tidak kisah dgn berat badan aku yg agak comel ini...haha sebabnya dalam famili en.suami semuanya besar2 belaka tapi yg sebelah mak mertua la...kang aku kurus kang mcm bukan ahli famili wak jarah la pulak....

Penah skali aku terkurus sebab sakit...so berat badan aku turun dgn lajunya sehingga 10kg dlm masa sebulan...dah bising cakap rasa tulang pulak...aku ni kalo kurus nampak cam pelik sbb kepala aku besor....haha...muka aku bersegi pulak tu kang nampak cengkung sgt....

Tapi aku tau en.suami tak nak aku gemuk sgt n kurus sgt...yg sedang2 saja.....mcm lagu iwan tu ;p walaupung sebenarnye aku teringin sgt berat aku cuma 50kg je...wah!Bie belanje ayg pi london bole? ;)

Cerita psl london ni sepupu en.suami telah mengabiskan sbyk RM15k utk ke london sebab masa tu dia nak kawen...mase tu berat dia 90kg so b4 kawen berat dia jadi 78kg...mula2 memang turun byk smpi 75kg tapi sampai 1 tahap tu dah takleh turun dah beratnye...turun pung tak byk..oleh sebab dia tak bersenam badannye jd lembik...walaupung badan di bahagian atas nampak kecik tapi tang punggung & peha susah nak kecik sbb memang baka cam tu...ni selepas setahun berkahwen dia dah gemuk giler...sayang pulak pikirkan RM15k tu...kalo ke london betul2 puas hati la gak...hehe

Macam2 org macam2 ragam....

November 5, 2009

Cakar Harimau


Antara urutan yg terbaik ialah teknik Cakar Harimau yang pernah terdapat dalam kitab-kitab lama...jom kita belajar buat cakar harimau.....

1)langkah pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)langkah ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah keempat & 5)Langkah kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang

6) langkah enam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)langkah 8
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu'

Buasir

Antara penyakit-penyakit yg slalu menyerang para wanita (ayat tak hingat) adalah buasir terutama ketika pregnant. So sekadar utk renungan bersama aku nak bkongsi sket la pasal buasir ni. Hehe...

Orang kita nih selalu pandang ringan penyakit buasir nih. Yer la orang ingat tak seteruk kanser ke sakit jantung ke. Tapi kalo tak dirawat penyakit buasir nih boleh jadi kanser dubur & boleh membawa maut. Selalunye yg kene buasir ni ibu2 mengandung sebab janin yg mbesar dlm rahim tu menekan saluran darah pada kawasan dubur. Pas tuh lepas bersalin sampai ada yg tak boleh bangun sbb buasir tuh dah terkeluar & tak leh masuk balik. Tu yg ada member aku takut nak pregnant lagi takot sbb buasir.

Buasir nih ade 2 iaitu dalaman dan luaran. Kalo buasir dalaman, ia bengkak kat dalam salur dubur manakala buasir luaran ia bengkak dan terjulur keluar. Kalo kita tekan masuk balik pung dia terkeluar gak. Tanda2 kita kena buasir nih adalah rasa gatal kat lubang dubur, rasa pedih kat dubur lepas buang air besar, rasa sakit yg berdenyut2 & sukar buang air besar.

Kesan dr sakit buasir ni adalah lemah tenaga batin dan kurang rangsangan seks kat pasangan kita. Selain tuh muka pucat & tidak bermaya, sentiasa stress & panas baran serta perjalanan darah tak lancar.

Terdapat beberapa pantang penyakit buasir ni. Yang utama skali konfom tak boleh makan pedas2 terutama cili padi. Pas tuh kena kurangkan makanan2 yg berminyak. Kalo kita buang air besar & berdarah Kita kena elakkan makan daging lembu. Selain tu pantang penyakit buasir ialah buah durian, cempedak & rambutan. Kita boleh makan tapi kena kurangkan la..Kadang2 pesakit buasir nih akan rasa gatal kat kawasan dubur sebab ada air bisa yg keluar dr lubang dubur tu. So time tu kita kena elakkan makanan2 yg gatal contohnya ikan kembung, sotong, ketam, udang, daging, ayam telur & benda2 yg gatal la. Yang penting kena banyak makan sayur-sayuran & buah-buahan utk elakkan sembelit.

Untuk rawatan buasir ni kita boleh guna cara moden & tradisional. Kalo guna cara moden, kita pi hospital & wat operation. Tapi kalo wat operation buasir tuh akan jadi balik nanti. Abang aku dah 2x operation buasir kat hospital. Dia just potong buasir kita je. kalo guna cara tradisional kita kena pi klinik pakar buasir-selalunya cina yg buat. Diorg guna herba2. Cara rawatan dia adalah dia akan cucuk kat buasir kita. Nanti beberapa hari yg kene cucuk tuh kecut & mati & buasir tuh akan jatuh sendiri bila kita buang air besar. Kalo yg dah terjulur keluar tuh nanti dia ikat & akan jatuh sendiri gak. Tapi proses rawatan dia memakan masa maybe sebulan or 2 bulan bergantung berapa besar buasir kita. Ini sebab bila dia cucuk tuh dia akan matikan skali akar2 buasir tuh & takkan jadi lagi nanti. Tapi kalo buat kat pakar nih harga dia lebih la sket. Yg aku tau ada 2 klinik buasir yg bagus. 1 kat klang & 1 lagi kat Pendang, Kedah.

So sape2 yg ada tuh cepat2 la pi buat rawatan ye. Dari kita asyik menanggung je & mkn ponstan baik kita rawat cpt2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...