April 30, 2016

Mengejar cherry blossom di Nami Island

Hi Salam

Hari ni kitorang nak ke Nami Island.  Dulu pi masa musim luruh.  Now nak cari cherry blossom di pulau nami pulak. agaggagaga...
 
 

Turun di Cheongnyangni Stn. dan ambil ITX ke Gapyeong.  Kita follow je signboard ke ITX tu. Ekceli tak payah keluar pung dari station.  Kena beli tiket guna cash.  Tapi mesin sekarang takde in English so kena call diorg.  Kita tekan je button call and cakap nak beli tiket ke Gapyeong.  Tak lama kemudian ada orang datang tolong belikan tiket untuk kita.  Kita tap t-money kita sebelah mesin tiket ITX tu.  Nanti balik kita tap balik t-money kita utk naik balik subway biasa. 

 


Di Gapyeong ambil teksi ke jeti Nami Island dalam 3,000 won tapi kalau jalan jem caj lebih sikit. Weekend jalan jem sikit ramai orang & banyak bas2 rombongan masuk.  Teksi tu hantar kat feri.  Beli tiket and naik feri.  Kita boleh jugak naik zipline tu tapi mahai.  Kalau nak try ok je...mcm best je.  



Perjalanan dari Seoul ke Gapyeong naik ITX cuma 40minit je.  Nak tidur pung tak dan.  haahaha.. Oleh sebab kitorang pi hari Ahad memang ramai orang la kat nami island.  Kitorang pung lupa nak beli tiket tren balik.  Sudahnya tiket sold out.  Dapat standing ticket je.  Tapi kalau tak larat berdiri kita boleh duduk kat lantai...hahahha...ala 40 minit je pung. Tapi kalau penat dan kekenyangan makan nasi goncang selamba je boleh tido...hahahaha





Kat nami memang ramai orang.  bas rombongan pung banyak.  Tapi seronok jugak tengok macam2 orang.  Cherry blossom tak banyak dah...boleh la...huhuhu...



Yang paling best datang nami ialah makan nasi goncang cheese kat Drama Cafe...ya Allah melting!! Kitorang beli 3 bekas kot.  1 tu share 2org..kenyang sampai malam...muahahahah...serius sedap nasi goncang cheese!  Sekarang ada kedai makan baru...Asian Food Restaurant Dongmoon sebelah Drama Cafe tu je..restoran tu halal jual makanan2 dari Asia.  Kitorang tak masuk tengok camtu2 je...
 
- Cari signboard Baplex, ikut arah tu
- nanti jumpa musolla (surau)
- keluar surau belok kiri
- jln depan sket nampak kolam
- restoran kat belakang tu




Hari Ke-4 Mengejar Cherry Blossom


Hi Salam

So hari ni kitorang ke Dongmyo Flea Market.

Dongmyo Stn, Exit 4
Loc : Dongmyo Stn – Sinseoldong Stn Area

Dongmyo Flea Market menjual barang2 2nd hand dan juga barang2 utk collector2.  macam2 ada..best tau..sangat rare..tapi macam biasa kitorang takdak tangkap gambar.  hahahaa...ralit sangat tengok apa yang ada kat situ.  Barang2 spare part basikal pung banyak.  Basikal pung banyak juai kat situ.  Eh macam2 la ada kat situ.  Barang2 2nd hand depa banyak branded2.  Beg LV tu sngat menarik tapi aku takut nak beli.  Kang ada pulak kisah misteri kat beg LV tu kan.  Drama sangat ko kan InaHarun..kihkihkih...


Masa kat situ dah start mendung.  Masa kitorang nak gerak ke subway hujan rintik2 mula turun.  Kelam kabut depa kemas barang2.  Kitorang pulak nak pi market lagi...jengjengjeng... 

Turun kat Noryangjin Station (Line 1)
Naik tangga yang menuju ke jambatan yang menyambungkan Noryangjin Station terus ke Noryangjin Fish Market
Beli king crab & pegi ke restoran utk masak n makan
Kedai di tingkat 2, tepi tangga tapi tangga tengah-tengah (no.kedai 815-7070)

 



So sampai kat Noryangjin Fish Market tu best sangat.  Bau ikan dan seafood segar2 menusuk kat hidung.  Rasa nak beli semua bawak balik.  Pasar ni mcam kat Jungang Market tapi ni lebih teratur dan bersih ja.  Diorang pung macam tau ja kita datang nak beli king crab.  Itu je yang diorang promote kat kita.  Tapi kita kena servey harga.  Mula2 kedai 1st tu mahai nak mampuih dia bagi harga king crab.  Tapi kitorang cakap nak jalan dulu.  Jalan seround pas tu pusing balik.  Tetiba ada 1 mamat tu offer. Dia boleh speaking sikit2.  Mula2 dia offer alaska king crab, sekila 50,000 won..lepas tu dia offer korea king crab 30,000 won sekilo..Kitorang amik sekilo setengah korea king crab harga 45,000 won tapi dia bagi diskaun 5,000 won.  Cuma 40,000 won je

Lepas tu dia offer ada tukang bawak pi restoran tapi kitorang tolak sebab dah ada kedai nak pi kat tingkat 2.  Rupa2 nya kedai2 kat tingkat 2 tu dah pindah kat pasar baru.  So kitorang pi balik kat mamat yang nak hantar tu.  Agak jauh jugak dia kat luar dari pasar.  Dah sampai tu dia bagi king crab tu dan blah.  Aku tunjuk food restriction dan cakap nak stim sahaja.  Pas tu dia bawak kitorang ke meja...duduk macam meja jepun tu.  Diorang bagi banchan dan nasi serta air kosong.  Diorang tau kita Islam so diorang tak serve arak la kat kita...ngeeee...

King crab tu daebakkkk!! Wajib makan kalau datang lagi...manis dan lembut isi dia.  Tak perlu tambah ape2 padahal diorang stim bodoh je...kering je takdak air.  tapi...ermmm tak terluah dek kata2...terasa2 lagi masa aku tulih ni tau...huhuhuhu

Kitorang mintak nasi so makan nasi dengan king crab tu.  Dia ada bagi kita gunting, memang senang nak kopek.  Aku makan sebelah incik jerry sebelah.  Settle!hahahahha..

Masa kitorang makan tu ada beberapa orang gak kat situ.  Ada 1 family, 1 tu 3org budak2 perempuan sembang gelak2 sambil makan n minum soju sebelah meja kitorang.  Part paling best tengok diorang masa tuang soju tu lepas tu diorang ketuk gelas tu dengan chopstik tau..tetiba keluar buih2....waaaa...mcm dlm cerita2 korea tu...hahahhaha
Restoran yang kitorang makan & masakkan king crab tu


Trip to Sokcho

Hi Salam
So hari kedua kitorang nak ke Sokcho. Kitorang naik dari Dong Seoul Terminal.  Kat Dong Seoul Terminal tu ada bas intercity dan bas ekspress. Kita boleh guna dua2 bas tu nak ke sokcho.  So kitorang nak naik bas ekspress.  Kaunter bas ekspress ada kat tingkat 2.  naik tangga tu and beli tiket kat kaunter atas tu.  Perjalanan 2 jam.  Kita akan melalui highway dan ada banyak terowong sebab merentas gunung ganang.  Kira kalau kat malaysia macam dari KL ke Penang...hahahaha



- Ambil bas ke Sokcho di Dong Seoul Terminal
- Turun di Gangbyeon Stn ( Line 2 ), Exit 4
- Dong Seoul Terminal di seberang jalan
- Beli tiket bas . Perjalanan 2jam
- Tiba di Sokcho, keluar pintu terminal sebelah kiri ada tourist booth

Sokcho bas ekspres = 17200 won  sehala
Sokcho bas intercity = 17300 won sehala
 
tiket bas ekspress
 
Setibanya kat Sokcho kita akan berhenti kat stesen bas ekspress sokcho tau, bukan stesen bas intercity.  So kalau nak terus ke Mount Seorak boleh tunggu kat bas stop je dekat2 situ.  Tapi sebab kitorang nak check in guesthouse dulu so kitorang kene naik bas ke stesen bas intercity.  Agak jauh jugak. 

Kitorang stay sana 1 malam kat Egg House, dekat dengan stesen bas intercity.  Kitorang booking Egg House thru Agoda.  Egg House terletak dalam bangunan gereja sebenarnya.  Bilik dia sangat puas hati walaupung takde tv.  Sesuai dengan tema diorang yang ditulis besar2 kat dinding bilik ALL YOU NEED IS LOVE...hahhahahah...


Egg Hoese ada sedia utk dorm dan juga bilik2..masa kitorang nak cari Egg House tu kebetulan ada sorang perempuan mat saleh dari spain tapi lupa nama dia...kitorang naik bas sama dari Seoul dan sesat sama2 masa cari Egg House.  hahahahha...

Cuma yang tak best nya Egg House ni owner dia ada bela puppy.  Masa kitorang dinner and brekfes esoknya tu owner dia pung turun skali dengan puppy dia sekali 2ekor.  Dahla dia jalan2 kat tempat kitorang makan tu...kitorang pung kejap2 bangun nak mengelakkan si puppy ni tadi.  sangat tak syok la sebenarnya....


Sambung balik...

Oleh sebab kitorang sampai kat sokcho dalam kul 4 so kitorang postpon nak ke mount seorak..kitorang lambat gerak dari seoul sebab incik jerry tiba2 demam pulak semalam sampai seoul.  pagi tu dia mcm teruk sket.  ingatkan nak cancel tapi dia gagahi jugak...hahahaha...

Petang tu kitorang jalan2 sekitar Sokcho je..mula2 pi naik gaetbae boat.  Boat ni takde enjin.  Pekerja dia tarik guna tali untuk gerakkan bot ni.  Kalau kita nak try pung boleh.  Sangat menarik.  Naik bot ni pi Abai Village, tempat shooting drama Autumn In My Heart.  Siap ada tv lagi dia tayangkan cerita tu..hahahah...kat Abai Village banyak kedai makan seafood terutamanya...jalan depan sikit kita akan jumpa pantai.  Tapi tak best pantainya tak macam dalam cerita tu.  Pantai tu dah kena tambak.  takut tsunami kot.
 Gaetbae boat 200 won seorang sehala

 





trademark sokcho
Lepas tu kitorang ke Jungang Market....macam2 ada juai ko...benda2 pelik yang kita tak jumpa orang juai kat pasar kat malaysia ni pung berlambak2...dah la tu fresh, hidup2lagi...dalam air lagi...excited giler kot!hahahaha...tapi sebab melayan kejakunan tu kitorang tak tangkap gambar sgt. Dok ralit sgt tengok hidupan laut yg macam2 tu...hahahhaha






Malam tu kitorang stay kat Egg House je melayari wifi yang laju..hahaha...

Pagi esoknya kitorang siap2 dan terus check out.  Tapi kitorang simpan beg kat guesthouse dulu nak pegi ke Mount Seorak.  Naik bas intercity dalam 30minit. Ada jalan nak ke Mount Seorak tu penuh kiri kanan pokok cherry blossom...sangat cantik...melting weh...lepas tu ramai pulak yang berhenti kat tepi jalan nak tangkap gambar...syoknya!

 

- Ambil local bas no. 7-1 ke Mount Sorak. Perjalanan 30min ( last perhentian)
** boleh hiking atau naik cable car
- Naik cable car senang & cepat
- kena naik ke puncak mount sorak dlm 10min hiking

Bas = 1400 won
Entrance Fee = 3500 won
Cable car = 9000 won 

Setiba nya kat sokcho kita kena bayar entrance fee kat pintu masuk.  Untuk cable car bayar kat dalam. Nak naik cable car kene ikot time masa beli tiket tu.  tak boleh sesuka hati je. hahahha...kalau ramai orang memang masak la nak menunggu.  Lepas naik cable car kita kene hiking pulak dalam 10-15minit.  Bertabah lah! make sure pakai kasut yang sesuai.  tapi view kat atas memang superb!
 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...