June 12, 2013

D&C Part 1

Hi assalam...

Apa khabar?hari ni nak cerita kisah 30 May yg lalu...kisah yg mendebarkan...haha...
Khamis tu aku buat D&C kat hospital pantai...ini bukan disebabkan aku keguguran...no no no...
Seperti yg semua maklum kalau buat d&c tu mesti sbb keguguran kan...kes aku ni lain sket...dinding rahim aku tebal sangat smpai doktor nasihatkan aku buat d&c tu...
Sebenarnya 3tahun yg lepas aku pi jumpa Dr kevin ni...dia ni salah seorang pakar O&G yg terbaik kat malaysia ni...dan kebetulan dia dok sg petani :) Aku & hubby jumpa Dr Kevin sebab kitorang nak baby slps 2 thn tak melekat2 lagi..hehe...
Cek punya cek doktor cakap aku ader cyst dalam ovari...lepas tu doktor soh buang cyst tu tp biasa la kalau buat kat pantai tebal la duitnya kan...kami ni rakyat marhaen je...
Beberapa kali cek dgn dr Kevin dia ckp cyst aku tak merbahaya...sebab dia tak membesar & tak perlu operation yg cepat la...mcm memahami je doktor ni...hehe...tapi dia ckp kalau nak baby mmg kene buang la cyst tu...
So Doktor Kevin rekemen ke hospital kerajaan...hospital sg petani...bila dah buat appoinment lepas tu esoknya kene admitted pihak hospital call...mintak postpon tarikh operation....ok la kitorang setuju....
Bila tiba sehari sebelum nak admitted lagi pihak hospital call lagi...mintak postpon lagi sebab ade kes yg lebih serius...hospital cakap soh dtg hospital set date lain...haram jadah punya hospital...
Lepas tu kitorang langsung malas nak pegi hospital gomen ni lagi...kitorang postpon...postpon & postpon...Selama tu en hubby mula menabung...hahaha...
Kitorang pung ada gak cek kat hospital lain...memang semua cakap ada endometriosis tu...huhuhu...
Kitorang pung lupa nak cek balik kat Dr Kevin sampai la suatu hari tu aku dpt tau sepupu aku buat operation laparoskopik tu juga untuk buang cyst...macam yg aku kene buat tu la...
Dan yg mengujakan (ayat takleh blah...haha) lepas 3bulan dia buang cyst tu dia dah pregnen...wawawa....bestnya...masa aku tulih ni dia baru 7bulan...
So aku & en hubby pung teruja la nak jumpa Dr Kevin balik...cek cek cek...dia terkejut...dia kata cyst aku dah kecik & tak memerlukan operation...dia pelik kot mcm mane boleh kecik balik..mcm dah hilang...tapi doktor kata kene buat D&C sbb dinding rahim aku tebal...at least kalau buat d&c tu ada peluang 30% nak pregnen...
Seminggu lepas cek tu aku pung buat D&C tu...tapi itu day surgery je...pagi datang petang dah boleh balik...tapi malam tu start kul 12 kene puasa....
Esoknya kitorang check in kul 7.30 pagi kat pantai...rupanya ramai yg check in..almaalom le Dr Kevin baru balik bercuti...hehe...
Tunggu punya tunggu aku masuk bilik bedah kul 2...masa tu sedar lagi...tggu turn...hehe...lps tu pakar bius akan cek & tanya kalau2 kita dah penah operate...kul 2.30 aku last sedar kot tapi 2.45 doktor dah kejut aku...dia panggil nama kita & tepuk2 pipi kita....tapi mamai lagi la walaupung aku gagahkan jugak tgk jam depan mata aku tu...hehe
Lepas tu dia antar balik ke wad...aku tak tido pung sebab lapo...ye la dari pagi smpi kul 3 lbh tak makan...lepas tu nurse antar bubur kacang...makan smpai licin....hahaha...tak pandan perot baru lps cuci...hehe...
Oleh sebab Dr Kevin banyak kes hari tu...kene la tunggu sampai petang jugak...kul 6.30 aku dah check out lps Dr Kevin cek aku ok boleh balik...yeaayyy!!!
Seminggu lagi kene datang cek balik...nanti aku update Part 2 ok :)

Kat sini aku copy paste dari blog DR Hamid Arshad pasal D&C ni...

D&C dan kesuburan



Orang mengaitkan cuci rahin atau D&C hanya untuk tujuan merawat keguguran. Sabenarnya D&C ada banyak peranana lain saperti:
1. Mengatasi perdarahan dari rahim, biasa berlaku pada wanita umor empat puluhan, yang berpenyakit fibroid atau adenomyosis, gangguan hormon.
2. Buat diagnosis untuk mengesahkan kanser rahim atau lainnya.
3. Untuk merawat kemandulan dan  sukar hamil.
4, Lekat uri lepas besalin.

Biasanya selepas menjalani xray HSG, lebih kurang 30% akan hamil dalam tempuh 3-6 bulan jika benih suami normal dan saluran fallopian terbuka lepas HSG. Jika masih belum hamil lagi dalam tempuh itu , saya cadangkan  prosedur D&C dan hydrotubation. Ia dilakukan lepas haid dan perlu diberi bius umum (pesakit tidur)

Bagaimana D&C dan hydrotubation bolih meningkatkan peluang hamil?

1. Dalam prosedur ini saluran pintu rahim perlu dibesarkan (dilatation) dan ini akan mumudahkan benih2 suami masuk kedalam rahim.
2. Dinding rahim atau lapisan endometrium perlu dikikis dan dibersihkan. Biasanya ada berlaku penebalan lapisan ini sebab ia tidak luruh kesemuanya ketika haid, dan lama2 ia bertimbun/menebal menjadikan 'endometrial hyperplasia' atau 'endometrial polyp' yang munkin menyukarkan embryo melekat/implant dalam lapisan endometrium. Lepas D&C, lapisan baru akan dibentuk dan ini munkin memudahkan peroses implantation embryo.
3. Dalam prosedure ini juga saluran fallopio akan diperbesarkan dalam prosedur 'hydrotubation' dan ini memudahkan perjalanan benih2 suami bergerak menuju ke muncung saluran fallopio dimama percantuman benih dan telor/ovum berlaku.

Prosedur ini dijalankan sebagai 'day surgery' , hanya perlu masuk day surgical center hanya separuh hari sahaja. Pesakit datang pagi dengan berpuasa sejak tengah malam. Prosedur dilakukan dengan bius am (pesakit tidur) dan 2-3 selepas itu ia bolih pulang.

Tiada patang larang khas lepas itu, hanya ia perlu tidak mengadakan hubungan dengan suami selama seminggu. Makanan mengikut sajian biasa dan vitamin supplemen perlu diteruskan

Bagaimana peluang hamil ?
Purata antara 20 - 30 % pesakit yang menjalani prosedur ini akan hamil dalam tempoh 3 - 6 bulan.

April 30, 2013

USS Singapore



Assalamualaikum…

Hari ni nak cerita pasal trip Mukadimah ke Singapore…hehe…sebenarnya trip ni nak test samada nama aku n en jerry dah betul2  clear kat PT.  Bila lepas je kat imigresen tu…wawawa…teruja giler!!bukan sbb nak pi Singapore tapi sebab kita betul2 dah bebas…Alhamdulillah!!!
Kami naik flight kedua sbb nak masuk USS…so smpai dlm kul 8.40..kitorang breakfast dulu kat airport changi…eh en jerry je yg breakfast…aku dah breakfast dlm flight…mkn nasi lemak pak Nasser…sedap giler…dah la kat atas awan je yg boleh makan nasik lemak pak naseer tu…special kan?hehehe…tp tadi kene makan laju2 sbb baru sesuap nasi pilot dah buat announcement nak landing…huhuhu…en jerry jelling je…moral of the story : tak payah order makanan kalau nak ke Singapore.
Lepas breakfast kitorang amik cab terus ke USS..dlm 30min..tambang dlm $16..orang dah ramai dah sampai…ingat pi ari selasa camni tak ramai orang…mula2 kitorang cari locker dulu…takkan nak ngusung beg ke hulu ke hilir…tu pung bwk bag pack je…bwk baju pung cukup2 smpi esok je…sebelum pintu masuk tu ada locker…ada besar n kecik…kitorang amik yg kecik boleh muat 2 bag pack..kalau amik sehari $10.
Lepas tu kitorang masuk…aku dah siap2 beli tiket online kat sorang kakak ni…semua org pung rekemen kakak ni je…nama dia ROSMANIZAH ABD RAHMAN (nama FB dia) no hp : 012-3949154…masa aku pi ni tiket rm155 seorang…nti dia email kat kita E-ticket pas tu kita print je…kita guna tiket tu je nti…so xleh hilangkan la…

Perkara pertama bila masuk USS kita kene amik map & schedule dia…senang nti nak tengok show ape…nak tgkp gmbr kat mana…kat situ ada 7 bahagian ; New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away, Madagascar & Hollywood.
Tempat wajib pi, bagi aku la –“ Lights, Camera, Action!” Steven Spielberg (New York),  Transformers The ride : The Ultimate 3D Battle(Sci-Fi City)…ni memang superb la..kalau sakit jantung jgn naik…hahaha…Shrek 4D Adventure(Far Far Away) & Waterworld (The Lost World)..Waterworld pung superb gak…tapi bersedia utk basah…
Selain tu roller coster yg menakutkan pung Nampak best…kalau naik tu xtau la…aku tetiba rasa dah tua pulak nak naik mende tu…hahaha…Kitorang masuk kul 10.30 keluar dekat kul 6…huhuhu…bayangkan betapa lenguh kaki nak jalan…kat sini aku bagi tips sket nak masuk USS…
-          Walaupung pakai kasut crocs tapi aku rasa nak pakai selipar jepun tu je…
-          Kene bawak payung…panas giler…
-          Kalau takut hitam kene pakai sun block
-          Jangan pakai baju hitam
-    Jangan pakai baju dari material selain tshirt…sebab bila buat aktiviti lasak nanti mudah koyak…hahaha…baju aku la tu terkoyak kat belakang
-          Bawak baju spare
-          Kalau masuk waterworld kene bawak paying or rain coat…hehe
-          Beli air mineral siap2 dari Malaysia…air minuman kat USS bapak mahal..
-          Kebanyakan makanan kat dlm USS tak halal…kene tengok logo halal sebelum beli…



Kebanyakan kedai makan kat dlm USS tu tak halal…yg aku perasan ada satu kedai Hamburger kot nama dia ada logo halal…kat situ boleh makan…lepas tu ada satu food court apa Malaysia ntah nama dia…kat situ yg jual nasik lemak & roti canai je yg halal…yg lain non halal…kita kene alert la…
Kul 6 lebih tu kitorang keluar & amik cab nak ke hotel..kat area Little India…jalan dah start jem..org balik keje…tp sebenarnya tak jauh sgt pung…tp jem kan…kene charge $20…huhuhu..kitorang check in kat Hotel 81 Dickson…hotel nya sangat puas hati dgn harga yg tak brp nak mahal tu…Cuma ramai Indian…dah kawasan diorg kan Little India…Kitorang dah booking kat agoda siap2 so tak kisah la nak check in kul brp…
Malam tu kitorang nak cari tempat makan tapi amat la payah nak jumpa kedai halal…kat sekitar Little India tu tak berapa nak yakin la…pas tu pi Bugis Village…Ada shopping kompleks & juga kedai2 kecil jual souvenir2 murah….kalau $10 tu boleh dpt 3-6pcs keychain or fridge magnet…baju tshirt murah2 pung ada gak…klu yg budak2 punya boleh la dpt 3helai $10…kul 10 kat situ dah tutup…
Lepas tu kitorg masuk shopping mall ape ntah nama dia makan kat manhattan fish market…makan pung kene laju2 gak sebab kitorg masuk dah kul 9.15pm…huhu…lps tu semapat lagi singgah ke Uniq Lo beli baju sbb baju aku koyak masa kat USS…pas tu bwk baju cukup2 balik je…terpaksa la shopping…hahaha..xleh blah alas an kata en.jerry…nasib ade diskaun…baju hello kitty tu kat Queensbay dah abis…jumpe pulak kat situ…siap ade diskaun lagi $8..tinggal $16.90 je…
Pas tu kitorang nak pi Mustafa Center…ini atas recommendation orang…diorg ckp brg kat situ murah & semua ada…yg bestnya dia bukak 24jam…bayangkan shopping mall bukak 24jam…tapi bapak jauh jalan kaki dari hotel kitorang tu…aku gagahkan kaki & bertabahkan hati nak pi situ…tp dah pesan siap2 kat en jerry…balik nanti kita naik teksi ye…hehehe…ekceli ade jalan shortcut tapi mcm seremmmm je…ramai no keling kat situ…dah tmpt dia la pulak kan…
Kat Mustafa Center tu memang murah la…jam ko nak jenama ape je…cakap je…berlambak2…perfume berlambak2…murah2…beg berlambak2…bag pack jansport tu $35 je…en jerry la eksited…aku dok kat tangga je…sbb tak larat nak berdiri n mengantuk giler…huhu…last2 kitorang tak beli aperpung…balik naik cab kene $6…


HARI KEDUA
Kitorang check out kul 11 sebab nak jalan ke Orchard Road hari ni…shopping!!!weeehuuu…(dalam hati : shopping la sangat!)kat hotel kitorg tu tade breakfast. Harap maklum! Tu sbb murah…kikiki…tapi aku minum kopi n en jerry minum teh yg hotel sediakan dlm bilik…kitorang naik cab ke sana..bila dia Tanya nak pi building yg mane…en jerry jawap pi tempat yg paling popular…hahaha…lupa nak Tanya atiqah dia shopping kat mana ari tu…pakcik teksi tu berhentikan kat Orchard Mall kot nama dia…wawawa…kat situ ade FOREVER 21 4 tingkat…giler ah!!..dah mcm kat Harajuku je…

Semua shopping mall…berderet2…besar2…semua yg branded2 je…kitorang masuk 4,5 mall gak la…pas tu makan kat Subway…cari KFC tak jumpa…Otw nak pi Paragon tu Nampak H&M pulak…2 tingkat  je ladies & 1 tingkat men…huhuh…en jerry belanja aku kat H&M tu…yg penting beg silang yg aku pakai tu lg murah beli kat Malaysia la dr Singapore

Lepas tu pi Paragon lepas Tanya Atiqah…hehehe…giler la masuk situ…beg Longchamp murah…masuk coach semua  stok baru…stok lama tade dah…aku nak pi balik kat situ tp kumpul duit dulu…sabar ina sabar….clearkan credit card dulu ye…huhuhuhu
Kul 3 kitorang amik cab balik airport…check in kul 4.10 tapi ngam2 sampai…nasib gate tak tutup lagi…nak jalan kat airport pung tak dan…nak beli cokelat pung tak dan…huhu…beli kat Malaysia je la…Bye2 Singapore…(mcm jauh padahal sebelah Malaysia je)

P/S : Kene repeat balik nanti nak naik Singapore Flight…jalan2 kat sentosa & marina bay…


January 9, 2013

Cameron aku datang!!

Hi Assalam..

Ape khabar...Saya sihat...hehe

Aku nak cerita pasal jalan2 ke Cameron Highlands pada Jumaat lepas...3hari 2 malam...aku pi dgn En.Jerry je...honeymun la kunun sempena anniversary yg ke-6 :)


Kitorang gerak dari Sungai Petani kul 10..tapi lepas tol juru jem giler sbb ade roblok...kitorang sampai spg pulai kul 3 lebih...antar mak ke batu gajah dulu then gerak ke cameron...kira2 nak dekat kul 6 baru sampai hotel Century Pines Resort...

Sebenarnya percutian ni tak dirancang pung...ni semua gara2 tengok ADAM HAWA episod 78 ke 79 yg diorg pi ke cameron tu la...tetiba en jerry terus je ajak pi sana...aku apa lagi...pantang diajak terus tengok agoda...hahaha...

Sampai tu kitorang terus check in...tapi staff kat front desk tu sorang je...kebetulan ade ahli2 rombongan cik kiah dari melaka biotech jugak...memang lambat la...lepas dah settle check in kitorang masuk bilik..bilik dia besar...takde kipas & takde aircond...harap maklum...tapi sejuknya ya amat la sejuk...dah la kat bilik takde carpet...diorg guna lantai kayu...tapi yg paling aku suka toilet dia...toilet dia ade bilik khas dalam bilik air tu...so kalau nak buang air besar time org lain mandi pung takpe...hehe...tapi tahan je la air paip kat toilet tu tak panas...so rasa la kalau membasuh tu mcm guna air peti ais tau!!!hahahaha....aku dah penah rasa dah dulu masa kat korea...so yg tu small matter je la...hahaha

Pasar Malam Brinchang
Hari tu kitorang tak pi mana la...cuma lepas maghrib kitorang pi pasar malam kat brinchang...berlambak2 org jual strawberi....strawberi coklat pung bersepah....syok ooo.....kitorang dok cari makanan pelik sket la...mmg pelik la bila jumpa brokoli goreng...penah makan?haha...mcm sedap tapi dia serap minyak...so mcm tak berkhasiat la brokoli goreng tu...hehehe...lepas tu jumpa org jual madu dgn sarang dia skali...sepotong tu RM2...lepas tu beli strawberi buat makan sendiri kat hotel..yg ni besar2 & merah2...diorang ckp lagi merah lagi manis...memang betul!

Lepas tu kitorang pi makan kat restoran pak nik ikan bakar hasil servey org ramai...diorang rekemen kedai ni...tapi takde la sedap mana pung...biasa2 je...so malam kedua tu memang kitorang tak makan kat situ la...kitorang beli kat pasar malam je...oh ye makanan kat pasar malam tu average nya start dgn rm5 (ataupung rm2 beli 3 rm5) contohnya strawberi coklat sebatang rm2 beli 3batang rm5..

kalau korang nak shopping mcm bantal ke tshirt ke souvenir ke...beli la kat pasar malam ni je...memang lagi murah dari tempat lain...kalau nak beli sayu2-sayuran ke strawberi ke memang murah jugak...kalau kita balik hari ahad nanti ada pasar tani kat tapak pasar malam tu...start pukul 8pagi sampai pukul 3...

Ladang Teh Boh Sungei Palas

 
Hari kedua tu lepas breakfast kitorang gerak ke ladang teh boh sungei palas...jalan masuk ke ladang teh boh ni dekat EQ hotel je...jalan dia kecik & bengkang bengkok...so kena hati2 la...lagi satu kita kena cari sendiri view cantik kat ladang teh boh...kene berhenti tepi jalan yg kecik tu...bahaya jugak....so kitorang tak berhenti...ada jugak nampak van tourist guide berhenti tapi dah takde parking...so kitorang pung meneruskan perjalanan sampai atas...dekat ladang teh boh yg best adalah cafe dia...Boh Tea Centre...view dari situ memang awesome la...minum secawan teh menghadap gunung ganang...pergh! Tapi aku tak minum teh...aku minum hot chocolate :)

Kat situ kita boleh masuk kilang proses teh...tapi tengok mcm2 tu je la...takde la menarik sgt sbb aku tak minat sgt...hahaha

Raju's Strawberry & EQ Strawberry Farm 







Lepas tu kitorang nak pegi Raju's Strawberry nak petik strawberi tapi tak boleh sebab strawberi baru nak tumbuh balik lepas cuti sekolah hari tu...strawberi pung hijau2 lagi...kitorang jalan pulak ke EQ strawberry farm...kena bayar rm25 utk setengah kilo...tapi kitorang amik keputusan esok nak balik baru petik...baru la fresh nak bwk balik SP...


Kea Market
Lepas tu kitorang pegi Kea Market...tengok2 apa yg ada kat sana...macam2 ada termasuk la bunga2...wawawa...nak beli bunga...tapi semua kena tunggu esok sebelum balik...tapi aku ade beli bunga rose yg dah terlerai tu...nak mandi bunga..awww!



Bunga rose dia memang murah la...wangi pulak tu...4 bouquet rm10..cantik2 semua...

Best la pi Cameron ni...korang pung pi la :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...