November 22, 2013

November Seoul : Day 3

Hi Assalamualaikum..

Sambung balik cerita Seoul kitorang hari ni.  Oleh sebab semalam banyak berjalan & dari pagi sampai malam maka hari ni kitorang keluar dekat kul 12...huhuhu..penat badan uols..tuh pung mlm tadi dok lumur kaki tu dengan krim halia mustajab tu...best sket...Kitorang siap2 brunch megi kari kat guesthouse. 

Hari ni kitorang nak ke Namsangol Hanok Village, mcm muzium rumah tradisional korea.  Ekceli nak pergi Bukchon Hanok Village tapi mcm tak larat nak jalan.  Bukchon ni perumahan tradisional & yg tinggal kat sana org2 kaya.  Kalau kita pi sana kita kene jalan senyap2 & takleh buat bising. En Jerry tak mau ke sana katanya so kitorang ke Namsangol je.  Kat Namsangol Hanok Village ni aku dah penah datang masa 2008 dulu. So kitorang ke sini cuma nak pakai hanbok je iaitu baju tradisional korea

How to go to Namsangol Hanok Village?
Chungmuro Station (Seoul Subway Line 3 & 4), Exit 4.
Walk along Hanongmaeul-gil st. for 5 minutes. 


Untuk pakai hanbok ni kita kena beli tiket iaitu KRW3,000 utk seorang.  Lepas tu pegi kat salah sebuah rumah tu ada disediakan pelbagi warna hanbok.  Tapi untuk yg big size mcm aku ni cuma ada satu color je. Hampeh!! takde pilihan, amik je la.  Nanti dia pakaikan kita hanbok tu & kita boleh berposing sebanyak mana kita nak..tapi sila tangkap sendiri ye.  Takde maknanya dia nak layan ko punya posing...kekeke...nasib baik aku ada photographer sendiri. Semua sudut rumah tu la aku berposing.  Cuma keluar je takleh...


Dah jenuh berposing kitorang gerak ke Gyeongbukgong Palace.  Palace ni pung kitorang dah penah pi dulu so kitorang tak nak masuk dalam cuma nak tangkap dari luar je.  Dan wishlist aku nak tengok Royal Guard Changing Ceremony la.  Alhamdulillah impian tu termakbul.  Kitorang sampai tu ngam2 je baru nak start. 

How to go to Gyeongbokgung Palace?
Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5.
Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2.

 



Lepas selesai acara pak guard tu kitorang pung bergambar dgn diorg.  Muka serius je.  Takleh pegang2 ok. Just berdiri sebelah je. Lepas selesai bergambar dgn pak2 guard tu kitorang gerak ke Itaewon..nak makan kat Murree Restaurant.  Lapar giler masa tu.  Sebelum tu kitorang singgah kedai serbaneka kat subway tu...ape nama ntah. Singgah beli kudap-kudapan utk alas perot. Aku beli air coklat Hersyes..Sedap la..awat kat Malaysia takdak air tu?

Masa kat kedai tu salesgirl tu tanya aku dari Malaysia ke?  Aku jawap ye & macam mana dia tau?  Dia cakap ramai orang Malaysia datang situ.  Mesti pi Gyeongbokgung Palace tu & mesti singgah kedai dia.  Takpung dia nampak aku beli Pringles.   Pringles kat sana made in Malaysia.

Lepas makan kat Murree Restaurant kitorang ke Gwangjang Market..Shopping!!Shopping la sgt. Ekceli kakak ipar en jerry suruh belikan sutera korea tapi yg murah punya...hahaha..Kitorang pi kedai kain yg direkemen oleh blogger zarina tu. Gwangjang market ni ada 2...satu jual textile mcm baju, hanbok, kain pasang, comforter, bantal dll. Ia dibuka dari pagi sampai pukul 6pm shj.  Lepas pukul 6pm kedai2 jual makanan pulak.


How to go to Kwangjang @ Gwangjang Market (Hyun Woo Silk)
Get off at Jongno 5(o)-ga Stn, Exit 11
Kalau tak jumpa Exit 11, korang ikot je jalan nak pi toilet
Keluar di Exit 11, korang nampak sebelah kiri tu Nonghyup Bank (NH Bank)
Jalan terus sampai jumpa pintu masuk Gwangjang Market
Korang masuk & jalan terus sampai nampak Signboard Orange
Bila dah jumpa Signboard Orange, belok kanan
Cari kedai no 187-188 

Kalau nak refer yg bergambar sila refer blog zarina :)


Kedai ni jual kain sutera original made in korea.  Kalau org Malaysia beli akan dpt diskaun banyak sebab kebanyakan customer dia dari Kedutaan Malaysia.  Menurut anak perempuan tokey kedai ni bapaknya dah 30 tahun meniaga kain sutera tu & diorang ada hantar ke Gulatis di Malaysia.  Kalau kat Gulatis harga dalam RM500++ Sekarang diaorg baru start terima order online.  Diorang ada facebook & sila la LIKE :)

Senarai harga tu aku lupa nak tangkap gambar..tapi aku igt harga2 utk sepasang kain iaitu 4 meter.  Kalau uols nak bayar guna Ringgit Malaysia pung boleh. Kalau dikira guna RM lagi murah.  Masa aku nak beli tu duit RM tak cukup lepas tu aku tambah duit Won dlm KRW 10,000 pung diorang terima gak.  Siap ada balance lagi. Best betul kan shopping kat kedai tu..hehehehe...

Harga normal : KRW 110,000
Harga diskaun : KRW 81,000
Harga diskaun tapi guna credit card : KRW 89,000
Harga kalau bayar guna Ringgit Malaysia : RM260



Setelah bershopping di situ kitorang nak ke Dongdaemun pulak..nak shopping souvenir pulak kat Airirang, Doota Mall.  Doota ni buka sampai 5am & salesman & salesgirl kat Airirang tu boleh ckp melayu.  Ekceli diorang ni orang Indonesia. Doota ni ada 8 tingkat uols. Berpinor mata tengok barang2 kat situ.  Yang penting kat situ semua pakaian2, beg2 atau kasut2 nya brand Korea. 

How to go to Doota Mall?
1) Dongdaemun History & Culture Park Station (Subway Line 2, 4, 5), Exit 14.

2) Dongdaemun Station (Subway Line 4), Exit 8.
Cross the street and walk for 130m to arrive at Doota.

Masa sampai tu Ya Ampun ramainya orang Malaysia & Indonesia.  Tengah2 pilih barang sampai lagi ahli rombongan. Ramai sangat orang sampai taktau nak beli apa. Sudahnya aku beli tshirt je untuk adik beradik en.jerry sebab kat situ kain tshirtnya cantik walaupung agak mahal. Sehelai KRW 12,000 uols.  Selain tu aku beli sudu korea 1set.  Sudu ni memang aku nak beli sgt sebab nanti boleh la mempoyokan diri makan nasi goreng kat umah guna sudu korea...hahaha..

Souvenir aku beli 1 set je.  Sebab orang ramai taktau nak pilih & pikir esok kitorang nak ke namdaemun lagi.  Shopping kat sana pulak.  So kitorang gerak dulu la ye :)

Lepas keluar dari Doota kitorang nak makan ikan bakar kat Dongdaemun. Tapi jam dah pukul 10 lebih.  So kitorang punya cari kedai ikan bakar tu walaupung hujan rintik2 telah turun.  Takpe ikan bakar punya pasal.  Berpandukan map dari blogger, agak jauh jugak la jalan dari Doota tu...huhuhu...

How to go to Ikan Bakar DOngdaemun?
- Smpi di Dongdaemun Stn, ikut arah Exit 7 & 8 iaitu ke sebelah kiri
-jln trus & masuk ke dlm Dongdaemun Underground Shopping Center

-masuk dlm Dongdaemun Underground Shopping Center, jalan terus & keluar Exit 2
-Pastikan sebelah kanan adalah JW Marriot Seoul & di seberang jalan Pyounghwa Clothing (dekat sini First Bridge Cheongycheon Stream)
-Jalan terus depan JW Marriot sehingga jumpa Second Bridge Cheongycheon Stream. Bila dah Nampak 2nd bridge, belok kanan
-Bila dah belok kanan, ikut jalan di sebelah kiri. Kedai ikan bakar di sebelah kiri

Kitorang jumpa kedai ikan bakar tu tapi kedai tu dah tutup...huwaaaaa!sedih...tak merasa la nak makan ikan bakar dongdaemun.  Dalam renyai2 hujan tu kitorang jalan balik ke subway. Tiba kat guesthouse en.jerry makan megi aku makan chicken kebab Pasha yg kitorang tapau masa kat Itaewon tadi.  Kebab Pasha tak sesedap Ankara Picnic tapi ayam dia banyak...best jugak! :)

November 20, 2013

November Seoul : Day 2

Hi assalamualaikum...

Kita bersambung pulak hari kedua...Hari ni nak pi Nami Island...sebab semalam tak jumpa stesen bas ke Nami maka kitorang naik train je ke sana. Kitorang keluar kul 9 kot, sarapan jap kat guesthouse & terus gerak...

How to go to Nami Island by subway?

Naik subway dari Myeongdong --> Dongdaemun --> Cheongnyangni
- Di Cheongnyangni  ambil ITX ke Gapyeong
- Di Gapyeong ambil teksi ke jeti Nami
- Naik feri ke Nami Island
- masa kat Cheongnyangni Nampak sign ITX/KTX
- naik ITX ke Nami, jangan naik KTX
- KTX ke Yongsan (arah bertentangan)
-ITX keretapi laju & 2 tingkat
- kene beli tiket di machine & tak pakai T-money
- beli siap2 tiket balik di Gapyeong

Masa sampai kat Cheongnyangni tu kitorang dpt tiket pukul 11.17am sebab sepatutnya train yg sebelum tu, 9.45am dah jalan tapi train tu tak jalan lagi...masa kitorg beli tiket tu pulak ada 2 tiket 9.45am extra kat ticket machine tu...huh kalau nmpk tadi xyah beli tiket....hahaha...so kitorg turun tangga laju2 nak kejar train 9.45am tu...fuh!nasib baik sempat...kalau tak, kene la tunggu sejam utk train kul 11.17am tu...Perjalanan cuma 45min je...laju giler ITX tu..lepas tu amik teksi kene dlm KRW3000...kalau nak save budget sila jalan kaki je ke jeti tu...hehehe...dekat sgt!


Kitorang sampai 11 lebih...perkara pertama kena amik Nami Island map...memang cantik la view...pokok2 ada color hijau, kuning, orange & merah...cantik sgt!Kat sini jugak kita akan jumpa ramai orang malaysia. Rasa macam dok malaysia pulak...hahaha...mcm mana tau org malaysia?tengok fesyen tudung diorang pakai ;)





Bila dah pusing2 tu lapar la pulak...So kitorang cari nasi goncang yang glamer tu...Dalam map Nami diorg tulis Yongajiga Lunch Box..Kat signboard diorg tulis Winter Sonata Drama Cafe...

How to go to Drama Cafe?
  • Cari signboard Baplex, ikut arah tu
  • Kalau masuk dalam bilding tu akan nampak musolla kat tingkat atas
  • Nak senang korang jalan ke sebelah kanan
  • Nampak ada kedai makan yg ada payung2 kat luar
  • Nak order makanan kene masuk dalam kedai
How to order?
Korang cakap je nak lunch box..tapi ada yang tuna & cheese or tambah cheese..ataupung kalau korang bawak nasi & serunding ke lauk sendiri korang order je seafood green onion pancake...sedap!

 Kat belakang yg payung hijau tu la kedainya

 
 Signboard Kedai


 
 Senarai harga

 Kena pakai glove dulu ;)

 Sebelum digoncang

 
   Goncang!Goncang!

 Hasilnya!Sedap uols...

Kitorang beli lunch box tu 3 set + seafood green onion pancake....giler kenyang sampai esok pagi...dah kekenyangan tu mula la susah nak jalan...mata pung mengantuk...sejuk pulak tu kan...kalau tadi jalan laju je...lepas makan tu jalan slow je....hahaha

So kul 2 lebih tu kitorang decide nak balik je..nasib baik tak beli tiket balik siap2...kalau tak kena la menunggu...dari jeti naik teksi & tunggu ITX...nasib baik tak salah beli tiket train...sebab kat situ ada juga utk train yg berhenti2 tu...tiket lebih murah tapi lambat la sampai...

Kitorang naik ITX sampai ke Cheongnyangni..dari situ kitorang pi Trick Eye Museum, Hondae

How to go to Trick Eye Museum?
Get off at Hongik Univ Stn (Seoul Subway Line 2), Exit 9.
Go straight 150m, cross the road, and turn left onto Hongik-ro Street.
Go straight 120m, and turn right down the second side street (in between TONYMOLY and Holika Holika).
Continue going 100m to arrive at Trick Eye Museum on the right.

Entrance fee seorang KRW15,000 tapi kalau kita print kupon diskaun dari website kita dpt KRW12,000 per person je...Kita juga dpt masuk Ice Museum...giler sejuk dalam tu...kecik je dalam tu tapi agak licin la...kena berhati2 ;)

Lepas tu kitorang masuk Trick Eye Museum...orang tak ramai sangat masa tu...memang best la...tapi kene cari angle betul2...kalau tak, gambar tak real nanti.




Lepas dah puas bergambar kitorang gerak ke Hello Kitty Cafe pulak..wajib pi cafe ni...hahaha...kitorang tanya kat Kaunter Trick Eye Museum tu..diorg tunjuk map & ajar cara2 ke sana...

How to go to Hello Kitty Cafe?
  • Keluar balik ke simpang TONYMOLY and Holika Holika tadi
  • Belok kanan & jalan straight
  • Nampak simpang ke kanan, belok kanan
  • Jalan terus sampai jumpa watson
  • Belok kiri & di belakang tu kafe Hello Kitty
 

Bangunannya color pink & 2 tingkat...cute sangat!! Kitorang masuk dalam & duduk kat bawah je...Lepas tu order air & waffle kat kaunter...kalau nak tangkap gambar dalam kedai tu wajib beli air diorang...kitorang order Caramel Latte, Hot Cappuccino, Banana waffle & Creme Waffle. Total KRW15,900. Boleh la utk kudap-kudapan :)


Diorg ada bg mcm loceng..kalau makanan kita order dah siap benda tu akan vibrate & kita kena ambik di kaunter.  En.Jerry yg ambik sebab aku dok sebok ambik gambar dlm kedai...toilet pung aku ambik gambar...hahaha..




Lepas dah merehatkan kaki & mengisi perot kitorang gerak nak cari restoran HAHA Runningman pulak. Restoran dia dekat2 situ je.  Kalau dari Hello Kitty tu kita keluar balik ke jalan besar & terus je sampai jumpa Bangunan Sang Sang Madang. Nanti ada jumpa simpang 4. Kalau dari Hello Kitty kita belok kiri dah nampak restoran nya. Restoran HAHA tu corner lot.


Ekceli Haha takde pung kat situ tapi org ramai giler dlm restoran tu. Kita takleh makan kat situ sbb tak halal :) Dari blogger2 yg penah datang situ diorg ckp kalau nak jumpa Haha kene dtg antara 1am-5am. Kalau dia tak sebok dia ada kat kedai tu siap serve customer lagi. Aku saje je datang sini nak tangkap gambar..hahahha..ni antara 10 THINGS TO DO/MUST TRY aku la...poyo tak?emmm en.jerry tak abih2 ckp aku poyo giler..

Lepas tu kitorang meneruskan perjalanan di sekitar Hondae. Memang happening giler la kat sini. Yerla sini kawasan student Universiti kot. Budak2nya memang dah macam artis.  Baju2, beg2, kasut2 kat sini memang murah2 la..kalau KRW10,000 dah dapat baju yg cantik2 tapi mcm susah je nak cari saiz org Malaysia ye...hahaha..

So nanti aku update Day 3 pulak ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...