Hi Salam
So hari ni kitorang ke Dongmyo Flea Market.
Dongmyo Stn, Exit 4
Dongmyo Flea Market menjual barang2 2nd hand dan juga barang2 utk collector2. macam2 ada..best tau..sangat rare..tapi macam biasa kitorang takdak tangkap gambar. hahahaa...ralit sangat tengok apa yang ada kat situ. Barang2 spare part basikal pung banyak. Basikal pung banyak juai kat situ. Eh macam2 la ada kat situ. Barang2 2nd hand depa banyak branded2. Beg LV tu sngat menarik tapi aku takut nak beli. Kang ada pulak kisah misteri kat beg LV tu kan. Drama sangat ko kan InaHarun..kihkihkih...
Masa kat situ dah start mendung. Masa kitorang nak gerak ke subway
hujan rintik2 mula turun. Kelam kabut depa kemas barang2. Kitorang
pulak nak pi market lagi...jengjengjeng...
Turun kat Noryangjin Station (Line 1)
Naik tangga yang menuju ke jambatan
yang menyambungkan Noryangjin Station terus ke Noryangjin Fish Market
Beli king crab & pegi ke restoran
utk masak n makan
Kedai di tingkat 2, tepi tangga tapi tangga
tengah-tengah (no.kedai 815-7070)
So sampai kat Noryangjin Fish Market tu best sangat. Bau ikan dan
seafood segar2 menusuk kat hidung. Rasa nak beli semua bawak balik.
Pasar ni mcam kat Jungang Market tapi ni lebih teratur dan bersih ja.
Diorang pung macam tau ja kita datang nak beli king crab. Itu je yang
diorang promote kat kita. Tapi kita kena servey harga. Mula2 kedai 1st
tu mahai nak mampuih dia bagi harga king crab. Tapi kitorang cakap nak
jalan dulu. Jalan seround pas tu pusing balik. Tetiba ada 1 mamat tu
offer. Dia boleh speaking sikit2. Mula2 dia offer alaska king crab,
sekila 50,000 won..lepas tu dia offer korea king crab 30,000 won
sekilo..Kitorang amik sekilo setengah korea king crab harga 45,000 won
tapi dia bagi diskaun 5,000 won. Cuma 40,000 won je
Lepas tu dia offer ada tukang bawak pi restoran tapi kitorang tolak
sebab dah ada kedai nak pi kat tingkat 2. Rupa2 nya kedai2 kat tingkat 2
tu dah pindah kat pasar baru. So kitorang pi balik kat mamat yang nak
hantar tu. Agak jauh jugak dia kat luar dari pasar. Dah sampai tu dia
bagi king crab tu dan blah. Aku tunjuk food restriction dan cakap nak
stim sahaja. Pas tu dia bawak kitorang ke meja...duduk macam meja jepun
tu. Diorang bagi banchan dan nasi serta air kosong. Diorang tau kita
Islam so diorang tak serve arak la kat kita...ngeeee...
King crab tu daebakkkk!! Wajib makan kalau datang lagi...manis dan lembut isi dia. Tak perlu tambah ape2 padahal diorang stim bodoh je...kering je takdak air. tapi...ermmm tak terluah dek kata2...terasa2 lagi masa aku tulih ni tau...huhuhuhu
Kitorang mintak nasi so makan nasi dengan king crab tu. Dia ada bagi kita gunting, memang senang nak kopek. Aku makan sebelah incik jerry sebelah. Settle!hahahahha..
Masa kitorang makan tu ada beberapa orang gak kat situ. Ada 1 family, 1 tu 3org budak2 perempuan sembang gelak2 sambil makan n minum soju sebelah meja kitorang. Part paling best tengok diorang masa tuang soju tu lepas tu diorang ketuk gelas tu dengan chopstik tau..tetiba keluar buih2....waaaa...mcm dlm cerita2 korea tu...hahahhaha
Restoran yang kitorang makan & masakkan king crab tu |