October 29, 2010

g.i.r.l.f.r.i.e.n.d.s


Esok budak2 batch aku SMHM nak wat karaoke kat redbox sogo...mulanye aku ingat nak join tapi tgk tiket filght agak mahal la pulak...bukan xbole beli tapi aku nak simpan duit nak soping kat langkawi bln 12 nanti...muahahaha...takpe la korang byk wat aktiviti...nanti aku join korang lain kali yer...lagipung yang ni cuma 12 orang je leh join...ceh nak nyedapkan hati...

Esok gak kat sekolah lama aku SMSP ade wat Karnival Sirih Pulang Ke Gagang Semarak 2010 utk semua batch...siap ade Ridhuan Tee Abdullah ngn Hafiz Hamidon~penyanyi nasyid...Hafiz Hamidon ni sbnrnye x-student SMSP gak....mesti ramai yang pi....mesti x-aspuri pung ramai yg turun...tapi aku pung xjoin gak...huhu...budak2 kelas aku pung mcm ramai yg xder je...maybe sbb dok jauh mcm aku....nanti raya haji nak balik lagi...


Sebenarnye rindu sgt nak keluar especially girls hang out...girls lg ker?muahahaha...ye la kalo girls je bole gossip2 :) ~ bole rewind balik nostalgia2 yg giler ~ bole citer psl x-boifren ~ haha ade ke?

Skang masing2 dah kawen...masing2 dah ade famili...ada anak...ade komitmen....kekangan masa...errmmm byk nak difikirkan tambah2 gi kalo nak kumpul ramai2....nasib baik ade FB...at least kita tau aper kawan kita tgh wat & kadang kala bole chating2...nak harapkan telefon?eerrmmm...kita ni simpan je lebih no hp kawan2 kita ni....termasuk lah aku ni...ntah berape ratus no dlm hp aku...ntah diorg pakai no. tu lagi ke tak....tapi takper la ingatan tu masih ade....hikhikhik....

Utk sume kawan2 aku ~ rindu sgt kat korang...macam nak lepak same2...nak sembang2...nak sembang2 atas buaian kat umah aku...nak gelak kuat2 sambil mengunyah2...menjerit2 tgk vcd citer hantu sampai kene jerit balik ngan blok sebelah...tgk citer hindustan sambil baring2....tgk ADA APA DENGAN CINTA berkali2....

Satu hari nanti...InshaAllah

October 25, 2010

Penyelamat Rumahtangga

Aku ni bukannya ape membebel macam tipikal housewife tu...aku tak suka membebel2 nih ala2 makcik2 ahli mesyuarat tingkap setiap petang ni...jatuh la standard aku sebagai high class housewife...wah!statement...jangan ade yg bagi memo taubat kat aku dah la ye...huhu....aku tensen la ngan sorang housewife ni suka sangat sebok hal orang...

Yang dia nak sebok2 pasal hal orang ni kenapa...Lantak pi la kat orang tu...Selama ni pung bukannya dia amik tau hal orang tu...tetiba ni pulak la jadi caring sangat kat orang tu dlm misi menyelamatkan dunia....Kalo tak melibatkan aku takpa...ni kang nama aku pung mesti sama naik ngan cerita dia...takpe2 aku tunggu je...

Bukan tak penah jadik sebelom ni...aku ni malas je nak kecoh2...dah 2x ko mengglamerkan nama aku kan...main petik je nama aku kan....ingat ni Just because i don't care doesn't mean i don't know la...

October 23, 2010

Kerana Mulut....

Hari ni nak cerita pasal mulut...Mulut kalo kita tak jaga rosak binasa bukan setakat badan binasa habis semua binasa..sebab mulut la kita putus saudara..sebab mulut la kita bercerai-berai..sebab mulut la kita dibenci..sebab mulut la kita jadi orang yg paling teruk skali...tu sebab Allah tu jadikan mulut kita 1 je...kalo ade 2 mcm mata ke mcm telinga lagi la..cheq xtau nak kata apa...

Ramai yg cakap kalau tak tau nak cakap apa lebih baik diam aje..dari kita cakap benda yg ntah apa-apa dan sebenarnya bila kita ni terlalu banyak bercakap, terlalu banyak aib kita jugak yg terkeluar...

Kita ni masa marah tu mula la semua cerita keluar dr mulut tu tapi lepas tu kita tak pikir ape yg jadik..En.suami selalu tanye...ape yg dapat?Puas hati??Lepas tu macam mana?Bukan kita tak jumpa dah orang tu....Sebenarnya kata2 yg keluar dari mulut kita tu lebih menyakitkan dari kita pukul dia ke tumbuk dia ke sbb kata2 tu kita akan ingat sampai mati...

Lagi satu kita nih suka sgt sebok hal orang..kata orang tu kata orang ni macam la kita ni bagus sgt...orang tua2 kan slalu pesan cermin diri tu dulu...orang tua2 ni pesan buka saja suka2 pesan tapi soh kita ni pikir...sebelom dok kata orang tu tengok dulu diri kita tu camna...bagus ke tidak???

Dan yg paling aku tak berkenan tu bila mengata pasai orang lain bukan nak ckp dia yg kata...tapi orang tu -orang tu yg pi ckp kat dia...ada orang ni-orang ni yang sampaikan kat dia...main petik je nama orang padahal orang tu taktau apa2...ni lagi 1 mulut puaka!suka melaga2 kan orang....dia nak orang nampak dia baik la kunun tu yg ckp orang lain yg mengata tu..

Sapa2 yg terasa tu insaflah cpt2 termasuklah aku...muahahaha...

October 22, 2010

je t'aime



i mari vous aime beaucoupmême si je ne suis pas une bonne épouseJe sais que vous m'aimez beaucoup tropet je t'aime plus que tu m'aimes
J'espère que vous pouvez obtenir ce que vous voulezJe prie pour vous toujours le succès dans votre travailet je suis toujours à vos côtés

October 19, 2010

i.m.u.s.m


Ari ni dah 2 hari en.suami kat kl~outstation~ huhu..dijangka balik esok...maybe mlm sampai...

Tetiba mase maghrib tadi rindu sgt kat en.azrie...

October 15, 2010

Step 1

Hari ni pi cek kat Hospital Pantai SP..jumpa Dr. Kevin Pakar Sakit Puan..Oleh sebab hari ni hari cuti & half day maka ramai la org..kitorg sampai kul 9.45 kot kul 10.30 br masuk jumpe doktor..huhu...

Sembang2 dia suggest wat pap smear & tgk ape masalah kat dalam..Rupanye ade cyst kat ovari aku iaitu endometriosis & kat rahim tu mcm tebal sket...cam tu la...so dia bg obat je dulu...

Dr Kevin kata lepas abis period mai lagi nak cek yg rahim tu dah kurang besar ke tak...

apa itu endometriosis

Penyakit Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.

Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .

Apakah tanda-tanda atau gangguan?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.
Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.
Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.

Keguguran
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

Pengesahan penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.
Pembedahan untuk membuang endometriosis

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang?
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.
Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

* Dicopy dari
BiLerHatiInGinBerBicaRa

Eyan Kawen!

Minggu lepas ramai betul yg kawen...al maalom le nak angka 101010 tu...termasuk le eyan & ana anak kak mimah sepupu kitorang gak...so sedara mara kene bahagi 2 le...yg belah perak pi umah kak mimah yg belak kl pi kenduri eyan...

Eyan nikah jumaat malam lepas Isya kat Masjid Wilayah..Best la tempat dia...Cantik giler...En.suami ajak renew nikah kat situ pulak...muahahahaha kalo bole la ye!Ari Sabtu malam berinai & Ahad bersanding....

Hantarannye kemain lagi siap ade blacberry, kasut Guess, hbag Guess, jam Guess dr Epul..wah2!

Utk Epul & Eyan ~ Selamat Pengantin Baru..Semoga bahagia hingga hujung nyawa...











October 3, 2010

Bahaya microwave oven...


Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.

Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru,hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakana sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas. Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini
menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

*** Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

*** Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

*** Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.

*** Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

*** Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

*** Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

*** Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

*** Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

*** Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

*** Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:

*** http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
*** http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
*** http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm

Sumber : ANIS, Mac 2008

October 2, 2010

6 Golongan yang Jangan Dijadikan Isteri

k.e.t.a.t.p.e.r.o.t

Malam tadi open house blok Almeria kat Laguna Merbok. 1st time join. Pi ngan Tinie jiran sebelah umah & kak Siti jiran depan umah. Kak Linda jiran sebelah umah Tinie tak join sbb Hana demam...Cian adik Hana yg comey itu...Sampai kat sana je giler ah makanan byk giler..Mula2 aku makan nasi minyak wif ayam masak merah. Pas tu Satay yg tak abis. Pas tu makan laksa yg pedas so aku makan sket je la. Pas tu makan buah-buahan & agar2 kak Linda. Ader fries sket tapi budak2 yg abihkan...lastly rasa char kueteow lak...Lagi ada capati, western food, lemang & rendang & kuih muih. Pas tu siap tapau lagi...hikhik....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...