January 14, 2011

Untuk yang sedang mencari jodoh


bukak2 je emel sat ni tetiba ade beratus2 mail dr facebook...malas tol nak delete...tapi aku dah setting kat facebook jgn hantar ape2 emeil lagi kat aku....aku malas nak delete....haha

tapi yg syoknya aku dpt emel dr MyJodoh

Assalamu'alaikum,
Anda dijemput untuk menyertai myJodoh sekiranya anda 'sedang' dan 'bersungguh-sungguh' di dalam pencarian pasangan hidup.
myJodoh telah wujud semenjak tahun 2002 dan merupakan portal pencarian pasangan hidup yang pertama dibina untuk muslimin dan muslimat di Malaysia. Secara diam-diam myJodoh telah membantu beratus-ratus pasangan menemui pasangan hidup mereka.
Klik pada link berikut untuk menyertai myJodoh.
http://www.myjodoh.net/
Sekian, terima kasih.
Webmaster myJodoh webmaster@myjodoh.net

haa cam tu la....ekceli besfren aku pung join gak benda ni...yg besfren aku tu lepas berkenalan & suka sama suka diorang pung kawen...Alhamdulillah skang dah ade 2 org anak lelaki yg cute....so sape2 yg tak dapat nak cari sendiri tu leh la register kat sini okeh...jangan malu jangan segan identiti akan dirahsiakan...ceh mcm promoter pulak....

kawan aku cakap masa nak register tu dia kena byr rm50 dulu la...skang xtau bape...pas tu nanti kita isi la buti2 diri...pas tu nanti dia bagi la kita calon2nya....pas tu amik la langkah seterusnya....

ada pro & kon la kalo korang nak join mcm2 ni....up to u....

January 12, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Sebelum tu nk habaq sat.. penulisan kat bawah ni.. bukan la dari aku.. tapi aku copy n paste jerr.. sbb niat kat hati sekadar berkongsi dengan seramai yg boleh apa yg aku baca.. Penulisnya ada di bawah.. dan mudah-mudahan kita dapat memanfaatkan hasil tulisan yg kita baca sama-sama.. untuk diri sendiri, anak2, dan saudara mara kita..

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula

January 8, 2011

eniverseri cum bufday bie....

7 Jan ~ anniverseri yg ke4
9 Jan ~ bufday bie



terharu la tu....hehe
choc lava dr secret resepi
pinky kesayangan :)
hadiah anniverseri & hadiah bufday in advance
dr en.suami

January 4, 2011

Hepi New Year...

Dah 4 hari kita masuk tahun baru....azam baru?haha...azam yg lepas pung tercapai ke tak tahun ni wat azam baru lak....ntah2 ada yg lupa azam tahun lepas dia...errmmm....biase la manusia mudah lupa terutamanya melayu....

Yang penting azam tahun lepas aku tak berjaya gak so kene la bwk ke tahun ni...huhu....ganbate kudasai ina!!!

Tahun ni banyak yg dah dirancang....tapi jadi ke tak Wallahualam....kita berusaha Tuhan menentukan ;)

~mula2 nak dptkan lesen keta...huhu...lesen L aku tamat bln 6 ni...kalo xdpt gak thn ni mati aku kene repeat sume skali....kalo dah dpt lesen so bole la request ngan en.suami kereta idaman ku ni...mitsuoka...

langkah2~~kene buang rasa takot kene langgor...haha...





~pas tu nak setup bisnes online balik....kali ni join ngan adik ipar & bakal biras...hehe...byk keje nak wat ni....

langkah2~~kene cari stok..modal dah ade ;)







~nak
jadi baik
sbg makhluk Allah...
sbg isteri...
sbg anak...
sbg adik beradik...
sbg kawan
& sbg manusia...


langkah2 : (*_*) pikir sat...






~nak baby....maybe usaha kitorang tak cukup bagus lagi so belom ade rezeki....

langkah2~~setiap malam adalah malam pertama~wah!!pengsan**



Semoga diberikan petunjuk & hidayah utk aku mencapai azam thn ni...Aminn....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...