Hi Assalamualaikum..
29 Nov - Jumaat
Riuh rumah aku dgn kedatangan rombongan kak ipah dari Selangor. Sebenarnya dah lama diorg plan nak datang. Kak Ipah datang dengan famili, Kak Ana sefamili & Eira Farin. Diorong sewa kat homestay sebelah rumah aku 2 malam. Semalam RM200 tapi sebab kitorang yg booking KJ bagi RM180 je semalam. Best kan?
Diorang sampai lepas Jumaat. Lepas makan tengahari kat umah aku (tapi aku tak masak, aku beli je...hahaha) & solat Zuhur kitorang bawak pi mandi2 kat Taman Tema Carnival. Budak2 ni la tak sabar2 nak pi. Berkobar2 nak pi mandi. Nasib baik petang tu tak hujan. Redup je. Syukurrr...
Malam tu dinner kat Nursa Laguna Merbok. En Jerry nak soh diorang makan ikan stim limau. Perghh! Ikan stim limau terbaik setakat ni. Kat tempat lain tak jumpa lagi stim limau macam ni. Lepas makan tu konon2nya diorang nak pegi main bowling kat Amanjaya Mall tapi lepas makan je semua mengantuk. Ye la penat kot drive dari Selangor lepas tu mandi2 lagi.
So diorang lepak umah aku je tengok Running Man ramai2. Budak2 kecik ni bukan tengok tapi main2. Meriah giler malam tu. Tengok Running Man pung sekerat jalan je. Semua tertidur...hahaha...
30 Nov - Sabtu
Hari ni plan nak ke Padang Besar bawak diorang sebab diorang tak penah pi lagi. Teruja giler kak ipah & kak ana nak pi sana padahal takde apepung kat sana...hehehe...perjalanan lebih kurang 1jam 30minit dari rumah aku. Kitorang gerak kul 11 & sampai je kat sana Ya Ampun ramai giler umat manusia. Berderet2 bas rombongan & kereta2 parking sampai luar. Tapi nasib kitorang dapat parking kat dalam sebab dah ada yg keluar time tu.
Lepas makan tengahari pukul 5 (huh!lambat giler) kitorang pung gerak balik ke Sg Petani. Oleh sebab penat, kekenyangan, ngantuk & ramai bawak budak2 so banyak la pit stop nya :) Dalam kul 8 baru sampai umah. Masing2 kepenatan & makan je ape yg ada. Nak keluar makan perot rasa kenyang lagi.
1 Dec - Ahad
Pagi tu aku masak sarapan. Rajin kan ahkak...Oleh sebab malam tadi tak keluar makan so aku masak nasik pagi ni. Lauknya simple je ikan sardin, ikan masin & telur dadar. Masak nasi 6 pot. Tinggal sikit je nasiknya. Budak2 ni la banyak makan. Kesian diorang lapar kot malam tadi tak makan nasi.
Lepas makan tu terus siap2 pi Tanjung Dawai nak beli ikan masin kat kedai kak ta. Kedai kak ta paling best...bagi harga best...ikan pung fresh2...lepas tu dia akan bagi free gift kalau beli banyak...hehehe...kdang2 bagi ikan masin kadang2 bagi keropok. Tapi kalau aku dia soh amik je ape yg aku nak. Aku selalu amik kuah rojak mak bee...kekeke...
Lepas makan tu terus siap2 pi Tanjung Dawai nak beli ikan masin kat kedai kak ta. Kedai kak ta paling best...bagi harga best...ikan pung fresh2...lepas tu dia akan bagi free gift kalau beli banyak...hehehe...kdang2 bagi ikan masin kadang2 bagi keropok. Tapi kalau aku dia soh amik je ape yg aku nak. Aku selalu amik kuah rojak mak bee...kekeke...
Diorang pung memborong gak la tengahari tu. Kak Ipah champion :) Kak Ipah memang suka beli ikan masin kak ta. Kalau kitorang balik kampung mesti dia kirim ikan masin. Selalu ikan masin kurau, tuka & ikan bilis. Dan kak ta pung bagi banyak free gift. Macam-macam...hehe...sampai lowered gile dah kereta masing2. Ikan masin Kak Ipah terpaksa dipos sebab tak cukup muatan...terbaik! :D
Lepas shopping ikan masin kitorang terus gerak ke Penang. Abang Ali kawan Abang Ani nak makan nasik kandar Deen. Dulu kitorang penah makan kat situ tu yg dia nak repeat balik. Nasik kandar Deen memang antara nasik kandar famous kat Penang. Dan orang2 yg makan kat situ kebanyakan orang tempatan. Orang luar macam taktau sangat. Tapi nasik kandar Deen ni mcm pedas sket gulai dia.
Lepas makan tu konon nak bawak jalan2 Penang. Sian kak ana teringin nak makan laksa penang tapi jam dah menunjukkan dekat pukul 5pm. So diorang terpaksa gerak balik ke Selangor. Nak naik feri pung terpaksa di cancel :(
Overall, trip ni aku tak berapa nak huha sangat la. Aku kena entertain diorang, entertain mak mertua lagi. Ye la orang mai umah kita kan tuh pung aku rasa mcm banyak je tak terlayan. Sorry kak ana, kak ipah kalau ada kekurangan ye. Lenkali kita keluar lagi :)