February 10, 2012

Menu kampung utk hari jumaat :)


Hari ni terlebih rajin..xtau kenapa...maybe sebab dah bosan makan kat luar kot...haha...

~ menu hari ni ~
ikan keli goreng, ikan pekasam, petai & jering, gulai lemak labu, sambal tempoyak utk mak & sambal belacan jawa style utk en.suami :)

Resepi Gulai lemak labu
Bahan2 :
bwg putih, bwg merah, bwg besar, ikan bilis, udang kering - ditumbuk
garam & gula secukup rasa, labu, santan

Cara memasak :
~rebus semua bahan yg telah ditumbuk dengan santan cair
~bila dah menggelegak masukkan labu yg telah dipotong kecil2
~masukkan santan pekat
~tambah garam & gula secukup rasa
~kacau jgn pecah minyak
~tutup api bila labu dah empuk

Ni menu semalam punye...ikan bilis masak belacan :)
sedap giler...ni en.suami yg ajar sbb mak dia selalu masak dulu2..skang aku pulak suka masak...haha

bahan2 : ikan bilis, bwg besar kene byk, cili padi, belacan tumbuk(belacan mesin tak sedap), minyak masak...
cara2 : goreng ikan bilis..bila dah garing masukkan bwg besar n cili...pas tu masukkan belacan...goreng sehingga naik bau...hehe...

p/s : belacan tumbuk made in tg dawai ni memang perfect!xyah tambah gula ke garam dah :)


February 9, 2012

4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka


Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua. Kepada yang hendak sebarkan, jangan lupa linkkan semula ke blog picisan ini ya. :)

Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.

February 8, 2012

Ladang Anggur Tasek Beris :)

6 Feb 2012

Sempena mak mertua & adik ipar datang umah kitorang bawak la diorg jalan2...hehe...sebenarnya kitorang pung tak penah pi lagi...ni 1st time pi...yang selalu pi sana ialah jiran kitorang kak linda..tengok macam best je...

Kitorang gerak dari umah dalam kul 2.30pm..kalau dari sg petani ikot highway kitorang kuar kat gurun..lepas tu ikot je signboard ke empangan beris..dalam sejam tu sampai la..tapi masa kitorang pi panas giler Tuhan je la yg tau...cek kat keta 36 darjah celcius...huhu...ladang anggur ni sebelah empangan beris je..view memang cantik la..

oleh kerana chewi tgk anggur aku tak terasa la kepanasan melampau tu...tapi en.jerry memang ketat la muka dia...haha...dalam ladang tu memang panas giler...xde angin sbb diorang tutup semua...cuma kat tengah tempat lepak2 tu ade kipas dinding...

nak masuk tu kene bayar..sekarang dewasa RM4 kanak2 RM2..kat situ ade mcm kafe kecik tp xbest pung...cuma ade air anggur hijau n anggur hitam(aku rasa mcm air kordial je cuma dia ade letak sket anggur yg dah diblend :) )pas tu ada jual mi gorang & pai anggur..aku rasa kalau nak datang bawak bekal lagi bagus...hehe...

kat situ ade jual cenderahati & anggur utk bawak balik tapi mahal la...magnet fridge RM10 seketul...fuhh!tapi aku beli gak...hehe...ade tshirt payung bekas pensel...pas tu ade jual air botol dari anggur & anggur fresh...yg hijau sepeket RM13 yg hitam RM15 sepeket...kalau nak petik sendiri sekilo RM50...huhu...tapi boleh petik yg dah masak je...

walaupung panas giler tapi bangga jugak la kat malaysia ade ladang anggur :D











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...