July 24, 2010

k.o.c.i

Semalam berkobar2 nak wat kueh koci. Pagi2 lg dah pi pasar taman ria. Eh pengumuman! Pagi En.suami adalah pukul 11.01 am paling cepat. Harap maklum ;)

Sampai kat sana semua bahan ada kecuali daun pisang. Susah betul nak cari daun pisang kat sini. Kat econsave pung takde gak. Kat tesco pung takde gak. Sakit hati. Pas tu staf en.suami kak ani cakap kat umah dia ada tapi kena esok la. Kena la tunggu esok.

Tapi en.suami telah membelikan aku periuk pengukus tu. Mulanye aku nak kukus dlm rice cooker je. Tapi dah dpt periuk tu kembang hati aku. Walaupung aku ni penyegan sket ke dapur tapi bila dah dpt brg2 dapur cam tu mcm2 la nak dikukusnya nanti. Ikan jenahak stim pung sedap gak ni...wink~wink

Pagi ni bila dpt daun pisang dr kak ani aku pung memulakan projek koci-koci hota hei...hehe..nak sedia kan daun pisang, inti & dohnye kejap je. Nak membalut kocinye tu yg berejam. Lupa nak blajo balut koci sudahnya aku balut mcm nasi lemak je. huhu....dan setelah aku membaca komen2 di blog, itu adalah perkara biase bg yg 1st time balut koci. hehe ayat penyedap hati.

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 500 g tepung pulut
  • 1 1/2 santan
  • BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1/2 cawan gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam

UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Masukkan gula melaka ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukka

UNTUK DOH:- Tuang santan sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

Kemudian lipat seperti biasa samada seperti bantal or piramid

Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba..

p/s : tadi en.suami cakap sedap...lagi sedap dr yg kat kedai tu..intinya sedap..tapi kurang minyak..hehe..ada setengah yg melekat kat daun pisang


failed membalut koci

letak minyak kat daun pisang jgn bg melekat

July 23, 2010

Budak Rumah Awam 1

Bila dengar lagu ni teringat kat budak2 rumah awam 1. ~mase tu ade edah, kepol, rohana, zurina, salina, nina, cc, ayu, mie, lili pondan, uzir, atan, nerry, faridah, lily, manje, kakak manje, anak2 cikgu mat, ina pakcik saleh, ijah, edah, along, asri., che yah, oya...ish ramai la....dr yg sekolah menengah sampai ke sekolah rendah mcm kitorang

Aktiviti petang lepas balik sekolah adalah main baling tin ataupung rounders. tapi slalunye main baling tin dengan bola rounders tu antara blok A ngan blok B. Sebab aku sorang je budak blok D maka terpulang la nak masuk blok A ke blok B mana yang tak cukup team lagi tapi selalunya nak masuk geng CC sebab takot kena baling bola ngan CC. kalo kena mau berbirat seminggu. kalo tak geng ngan CC pulak aku rela menyerah diri dr kene baling bola tu dr dia..hehe...dah tu main sampai maghrib...dah bang baru masing2 balik umah

Lepas tu siap2 pi ngaji kat umah makcik kama. Al-fatihah utk makcik kama. Makcik Kama yg banyak mengajar kitorang pasal ugama. Nanti sorang2 la kene baca kat depan dia. Lepas mengaji kadang2 dia bercerita kadang2 buat kuiz..memang best la...dah tu sporting...dia bagi kitorang makan jambu air kat depan umah dia. Manis ,sedap...tapi aku tak penah panjat pokok jambu tu. Biase la kontrol cun. Masa balik tu aku soh la sape2 antor aku balik dulu sebab dr blok B ke blok D umah aku tu ada pokok ketapang. Biase la kat pokok ketapang ada apa?huhu...

Kalo time cuti2 kitorang main pondok2 pulak kat bawah pokok ketapang tu tapi khusus utk kanak2 bawah 12 tahun sahaja. best sgt time tu. mula2 pacak ranting kayu yg besar2 sket pas tu atapnya suratkhabar...hehe...lantainye pung suratkhabar gak...banyak la pondoknya dalam 3 kot. Pas tu ada yg masak2 pulak...hehe kelakor la....

Kadang2 diorang datang main kat umah aku sebab mak bapak aku keje tinggal lah aku sorang je. Selalunya kitorang main masak2 tak pung main kuiz2. kalo main kuiz nanti kumpulan yg menang dapat hadiah. Hadiahnya buku...hehe...

Ingat lagi masa tu darjah 4 ke 5...sekolah kitorang ade buat hari kantin pas tu ntah sape nak jual pecal kot. Pas tu cikgunya soh bawak sayur2 la...yg bebudak ni bijak yg amat pegi merembat kat kebun sayur cina kat blok D tu. Mase tu takder lagi umah awam 2 & 3. Jalan kat blok D pung takde. Jalan mati ada la tuh pung org takot nak lalu sbb byk anjing. Kat blok D umah melayu 4 buah je termasuk umah aku pas tuh umah keling 4 buah & umah cina 6 ke 7 buah.

So aku ni pung ngikot la bebudak ni pi masuk kebun cina tu...yang aku ingat masa tu ada oya, che yag, ayu, manje, faridah ngan sape lagi ntah la....tengah syok2 merembat kangkung tu cina tu nampak. apa lagi menjerit la cina tu. Yang kitorang pung lintang pukang la lari....tak cukup tanah aku rasa masa tu. Nasib takde anjing kejor...huhu...dan esoknya telah masuk berita masa perhimpunan sekolah...sape2 yg berkenaan hanya tertunduk...hehe

Untuk yang berumah tangga sahaja!.

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...FAKTA....sirius....

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?


*amik kat tranungkite online*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...