August 31, 2010

m.e.r.d.e.k.a.!!!



Hari ni hari merdeka yg ke-53....
Malam tadi kul 11.30 kitorang kuar naik motor nak tgk bunga api...haha..
Nasib baik naik moto, kalo naik keta alamatnye dalam keta je la...
Ramai giler orang kat jam besar tu...macam kat dataran merdeka pulak....haha
Budak2 konvoi naik beskal pung ramai giler siap willy2 lagi...
Macam buat pertunjukan kat depan jam besar tu walaupung tengah jem..
Diorang saje je pusing banyak2 kali kat situ...hahaha...
Tapi bapak polisi tak leh nak tahan la bukan merempit...huhu
Pesta roblok pung bersepah kat sungai petani
Nasib baik kitorg terlepas je..haha
Nampak sgt muka kiotrg ni suci murni...muahahaha...
Tepat jam 12 ade la bunga api walaupung tak lame...
Yang ala2 lemau pung ader...muahahahaha....
Yang penting semua orang pung hepi...

Hepi merdeka day rakyat malaysia!
Merdekakan diri anda dari perasaan hasad dengki...yeeaayyyyy!



Nasi Kandar Beratur

Hari ahad lepas aku n en.suami telah bersepakat nak simpan perot time berbuka sbb lepas berbuka nak pi makan kat nasi kandar line clear, penang. Walaupung kunun2nye nak simpan perot tak nak makan nasik tapi lepas berbuka 2-2 ni tertido kekenyangan makan 10keping roti jala cicah serawa durian, 5keping roti boom cicah kari daging, kuih muih & air mangga 1 tumbler sorang satu...muahahaha....

Sedar2 dah kul 11...pas tu siap2 dlm kul 11.45 baru gerak ke penang. Ni dah kira bersahur ni. Sampai kat penang dalam kul 12.30 sbb bawak slow2 je...1st time pi penang malam2..masa nak ke line clear nampak org dah beratur kat nasi kandar beratur. So kitorg tukar plan ke situ pulak. Nak la rasa nasi kandar beratur pulak yg sebelah masjid kapitan kot.

En.suami start beratur kul 12.55 manakala aku mencari tempat duduk. Mula takde la ramai orang tapi tiba2 datang 1 group dalam 10 org. Rupanya ada kawan dia tolong chopkan barisan so bila dah smpi depan sume menyerbu nak amik nasi. Siol je...mesti orang luar...perangai mcm haremmm...rupa2nye org kelantan..patut ler..sume org tgk je depa ni yg kunun2 baguih sgt la tu...

Jam 1.35 baru sampai turn en.suami..huhu...tepat 30min beratoq. Aku pung amik lauk ngn nasi. Aku amik ayam goreng, telur rebus, sotong & sayur kobis. Bie amik ayam goreng, telur dadar & sayur kobis. Perghhh sedap....tak tau nak kata apa...korang pi la sndiri rasa na....hikhik

beratur ye...jgn potong barisan
lauknye yg kat dlm almari tu jer..
aku chop meja dulu..
cewi la tu...

August 29, 2010

Tips nak jadi isteri yang memahami?


...kena sabar banyak2 & senyum sokmo

...jangan suka melawan cakap laki

...kena jadi hipokrit...(◕‿-)

...jangan bising2 kalo laki balik lewat smpi esok pagi

...jangan marah2 kalo laki bizi memanjang

...kene senyum je bila malam2 kawannya ajak lepak kat luar...entertained client katanye

...terima dgn hati terbuka bile laki outstation berhari2...

...jangan sentap kalo laki tak call bile pi outstation (╯_╰)

...jangan kisah kalo laki mungkir janji atau mengpostpon janji

...jangan berburuk sangka konon laki ada pompuan lain kat luar

...hari2 tulis kat facebook tentang kebizian laki...baru orang tau kita ni isteri yg penyabar & memahami

...buat takde perasaan je kalo laki bergayut berjam2 ngan client dia even tengah makan...

...jangan kacau time laki tengah kerja tapi kalo client kacau laki tengah bersama famili tak apa...

...jangan merajuk kalo laki kurang bercakap bila balik umah..dia memikirkan masalah kerja tu d|-_-|b

...support laki kerja kuat2 kumpul duit...utk sapa jugak..utk bini dia jugak...

...cakap kat diri "i love a hardworking man not a family man"(✿ ♥‿♥)

...buat macam bagus...baru la laki sayang!(◡‿◡✿)

August 27, 2010

Azfar - Akan Ku Jumpa


SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

by Danish Irfan on pada 27hb Ogos 2010 pukul 8.24 pagi

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

http://syurgadidunia.blogspot.com/

August 25, 2010

Lipas mabuk

Hari ni dah 15 hari puasa....yeaayyy!Lagi 15 hari raya!!!Kata sepakat dah dicapai...balik kg 6hb...yeaayyy....

En.suami sedang melakukan serangan maut ke atas lipas2 dalam umah aku...selama ni diorg selambe lipas jer lalu lalang kat hall aku ni...mentang2 aku wat bodo jer...malam ni padan muka...muhahahaha....semua mak2 & anak2 lipas sedang kemabukan terhuyung hayang keluar dr tempat persembunyian...kesian tak sempat nak raya...hikhikhik...yang kelakarnya dah nak mati tu dgn beraninya dia lalu depan kitorang...saje nak tunjuk dia idup lagi...sekali kene sembur mati tros....

Guna la racun penyembur Hai-o 33....

August 24, 2010

huhu


bila kawan kita gagal kita sedih utk dia tapi bila dia berjaya dari kita, kita lagi sedih utk diri kita

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

by Farah Salwa Aznan on pada 24hb Ogos 2010 pukul 6.07 ptg

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin.

Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)



g.u.n.d.a.h.g.u.l.a.n.a


huhu....pagi2 dapat mesej dr bestfren aku....

Alhamdulillah..aku dah disahkan pregnen 4 weeks....

Rasa hepi utk dia..congrats anim...

August 19, 2010

Pelihara Lidah..

by Noor Syahida on pada 19hb Julai 2010 pukul 6.57 ptg
Pelihara Lidah

Ya, antara salah satu sifat seorang muslim ialah memelihara lidah. Semestinya kita harus memelihara lidah kita daripada mengumpat orang, menjadikan orang lain sebagai bahan ejekan, melawak berlebih-lebihan, bercakap kasar, mencaci, menghina, tertawa kuat, rajin nak komen orang lain dan seumpamanya. (muhasabah diri sendiri sebenarnya)

Pesan Nabi saw:
“Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka cakap yang kotor-kotor dan keji.” [Riwayat at-Tirmizi]

Golongan yang rajin komen orang lain ini agak bahaya juga bila mana dia suka mempertikaikan tindakan orang lain untuk menunjukkan pemikirannya adalah lebih baik dan perlu diberi perhatian. Selagi mana niat mereka adalah untuk menasihati, itulah yang terbaik. Menasihati dengan berhikmah terlebih baik lagi. Golongan seperti ini akan menjadi cermin untuk kita sentiasa bermuhasabah. Semestinya Allah akan menguji hambanya apa yang mereka katakan.

Bergurau

Bagi bergurau pula, adakah kita sedar bahawa Islam juga meletakkan garis panduan ketika bergurau senda. Bukankah Islam itu agama yang syumul?? Sedar atau tidak, kita kadang-kadang berbohong untuk membuatkan orang ketawa. Padahal, berbohong itu sama sekali dilarang dalam Islam. Hatta Nabi Muhammad sendiri pernah bergurau tetapi tidak sampai tahap menipu. Bukankah menipu itu berdosa??

“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”[Riwayat at-Tirmizi]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”[Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah]
Rasulullah telah memberi kita contoh gurauan yang mengikut anjuran Islam. Misalnya, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya untuk bergurau. Lelaki itu merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,
“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,
“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih]

Konsep double meaning telah digunakan oleh baginda untuk bergurau. Baginda bergurau tanpa menyelitkan sebarang unsur-unsur penipuan. Sambil menceriakan sahabat, kita juga mengikut sunnah.

Cara Penyelesaian

Oh ya, dalam memelihara lidah, cara terbaik sebenarnya ialah diam. Luqman al Hakim juga pernah menyebut bahawa diam itu adalah kebijaksanaan. Dengan diam, sebenarnya kita dapet mengelakkan dari bercakap perkataan-perkataan yang tidak baik. Bagi yang dah terlepas cakap (ana juga), mari kita beristighfar bersama-sama..AstaghfiruLlah al adzim, allazi la ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik. Membaca saiyidul istighfar juga terlebih baik..

"Setiap pembicaraan anak adam adalah (saksi yang) memberatkannya, bukan untuk kebaikannya, kecuali Dzikrullah, Amr Ma'ruf dan Nahi Munkar "...

August 17, 2010

kembang hati ku...

Sejak balik SP kitorg beli je makanan utk berbuka kat bazar ramadhan tmn ria. Pas tu kak behah pulak ajak berbuka kat umah dia makan nasi daging yang sedap sgt.

So kelmarin baru la aku masak utk berbuka. Aku buat gulai lemak ikan masin kurau dgn nenas, kangkung goreng & ikan goreng. Pas tu en.suami cakap tak bole lawan la akunya gulai tu...wah kembang aku...haha...pas tu masa bersahur dia siap tambah nasi lagi. kembang lagi hati aku siap bling bling lagi.

Semalam kitorang berbuka tomyam, sawi goreng, telur goreng mayonis, garlic bread & mushroom soup..mcm best je mkn garlic bread n mushroom soup tu mcm kat pizza hut lak..haha

Hari ni en.suami wish nak mkn sardin msk ngn bunga kantan & ikan goreng je sebab dah 2 ari mkn beria2 hari ni nk mkn sempoi2 jer...wah senang la koje aku hari ni. Tapi igt nak wat lempeng pisang feberet dia.

August 14, 2010

s.e.m.p.e.r.i.t

Petang semalam aku telah meminta en.suami hantar aku ke tesco sebab aku nak beli barang2 dapur & barang2 buat kueh..Pas tu petang en.suami datang balik ke tesco bayar & terus pi bazar ramadhan.

Dengan berkobar2nya malam tu aku menyetartkan projek kueh raya homemade aku..haha..malam ni igt nak wat biskut semperit a.k.a biskut dahlia...ngikut le resepi tu 1-1..nasib baik la masa aku sekolah2 dulu mak aku slalu paksa aku tolong dia wat biskut raya..kadang2 tolong buat acuannya kadang2 soh tolong letakkan cerinya kadang2 soh aku simpan dalam balang..walaupung kadang2 masa tu aku maleh nak tolong..hahaha...

Dah siap uli tepung tu aku pung potong ceri kecik2 sambil memanaskan oven. Ikot kat resepi tu kena bakor 20min @ 160 deg. Mula2 bakor tu hitam bawahnya..baru 10min...pas tuh aku keluarkan..atas xmasak lagi..aku pung call mak mertua...hahaha..mula2 kene gelak dulu...siot je mak mertua aku...Pas tuh aku try lagi tapi kurangkan apinye ke 120deg. Lepas 20min Alhamdulillah jadik...suka suka suka....kul 10 start kul 12 lebih siap..taktau dpt bape ketul tak kira..

Beshnye!

August 13, 2010

Ramadhan Ya Ramadhan

Hari ni dah 3 hari umat Islam berpuasa...kejap jer...nanti pejam celik pejam celik dah nak raya...

Masa malam 1st puasa ramai la yang wish...macam2 style mcm2 gaya..antara yg paling besh...

~Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR berno. 1413H Tujuan Aidilfitri. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30hr ke atas permukaan haus & lapar. Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat puasa & menegakkan kerusi solat. Penerbangan ini bebas asap perselisihan. Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa :)

~ Nama saya Syawal. saya ingin mengingatkan anda bahwa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda esok bersama isterinya iaitu Rezeki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftaar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Haha...

Hari tu kitorang balik kampung nak sambut puasa kat kampung..semalam baru balik SP...sahur kat kampung syok jer...mak mentua aku dah siap masak baru dia kejut anak menantunya...haha hampehnya menantu...siap ada sayur goreng, ikan goreng....Tapi pagi tadi kami sahur sendiri cuma ada nasik goreng, telur & ikan masin jer...haha..tuh pung kena tidur kat bawah kalo tido kat atas kompom tak bangun sahur...huhu..

Semoga ramadhan tahun ni lebih baik dr ramadhan yg lepas buat aku...amin


August 6, 2010

Titik.


Aku tak perlukan laki-laki yang mementingkan orang luar dari aku.

August 3, 2010

Tun Siti tak menyibuk

Copy & Paste kat MalaysiaKini @Tun Siti tak menyibuk

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 26, 10
12:17pm


Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat.


Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi 'menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.

Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan".

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Benci pemimpin 'pasal bini dia'

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.

Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri.

Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.

Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

August 2, 2010

Ganbatte kudasai

Pejam celik pejam celik dah nak puasa balik. Dah nak raya balik. Tapi lagi sebulan nak puasa orang dah bergalak promote baju raya, tudung raya, kasut raya, handbag raya, kuih raya & macam2 raya la...siap ada sales lagi...macam2 ado!

Sekarang bila bukak FB je bukan nampak update status kawan2 tapi iklan2 promotion raya yg telah men'tag' nama2 client diorang. Wat semak je tapi sebenarnya aku pung suka gak tengok2 cuci mata...haha..at least aku bole tau sekarang pesyen ape, berapa harga dia, kat kedai murah ke on9 murah ke, blog mana yg jual paling murah..tapi yg syoknye ada sesetengah tu takde jual kat kedai tapi ada jual kat blog dia je sbb handmade..eksklusif!

Tapi raya tahun ni aku nak fokus kat kueh raya homemade..wah!!!cewi siot nak buat sendiri kueh raya tahun ni sbb baru dpt oven. Resepi kueh dah siap salin dah :) tunggu je la kueh raya versi ina...hahahaha...

Ella - Sepi Sekuntum Mawar merah

Aku memang suka dengar lagu2 ella sampai sekarang tapi aku tak suka org nye...haha bole tak?ye la nyampah gak tgk dia main2 rambut & gaya dia yg manja2 cam tu...tapi suara dia memang besh!


August 1, 2010

Ahad yang membosankan

Hari ni sehari aku dok mengadap blog aku...haha...lepas satu, satu aku tukar templatenye...mcm2 jenis la aku try...yg hampehnye ade benda yg ilang...last2 aku guna yg ni je la sbb xtau nak pilih yg mana...semua cantik2....tapi ada gak yg huduh..huhu...


Bila bie nak balik???windu la...wah!ngadanyer...

From sg petani wif luv

Hari ni en.suami takde. Outstation ke kl & kuantan sampai Selasa baru balik. huhu..Seperti biase bila en.suami tiada pn.istri mesti susah nak tido. Bukan ape, bantal takde :(

Kat jepun dah ada jual Boyfriend Arm Pillow, berbentuk pelukan lengan laki-laki lengkap dengan baju lengan panjangnya. So sape2 yang tak kawin ke or yang en.suaminya outstation boleh la tido kat bantal ni tapi yang tak besh nye takde la bau ketiak en.suami.... wink*wink ;)

Yang ni pulak untuk laki-laki yang teringin bebenor nak tido kat peha wanita..hehe..tapi kalo dipikir2 kalo nak empuk kena la tido peha wanita plus size...ye tak?kalo peha ala2 model tu rasa tulang je....haha...macam2 ada!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...