July 24, 2010

k.o.c.i

Semalam berkobar2 nak wat kueh koci. Pagi2 lg dah pi pasar taman ria. Eh pengumuman! Pagi En.suami adalah pukul 11.01 am paling cepat. Harap maklum ;)

Sampai kat sana semua bahan ada kecuali daun pisang. Susah betul nak cari daun pisang kat sini. Kat econsave pung takde gak. Kat tesco pung takde gak. Sakit hati. Pas tu staf en.suami kak ani cakap kat umah dia ada tapi kena esok la. Kena la tunggu esok.

Tapi en.suami telah membelikan aku periuk pengukus tu. Mulanye aku nak kukus dlm rice cooker je. Tapi dah dpt periuk tu kembang hati aku. Walaupung aku ni penyegan sket ke dapur tapi bila dah dpt brg2 dapur cam tu mcm2 la nak dikukusnya nanti. Ikan jenahak stim pung sedap gak ni...wink~wink

Pagi ni bila dpt daun pisang dr kak ani aku pung memulakan projek koci-koci hota hei...hehe..nak sedia kan daun pisang, inti & dohnye kejap je. Nak membalut kocinye tu yg berejam. Lupa nak blajo balut koci sudahnya aku balut mcm nasi lemak je. huhu....dan setelah aku membaca komen2 di blog, itu adalah perkara biase bg yg 1st time balut koci. hehe ayat penyedap hati.

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 500 g tepung pulut
  • 1 1/2 santan
  • BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1/2 cawan gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam

UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Masukkan gula melaka ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukka

UNTUK DOH:- Tuang santan sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

Kemudian lipat seperti biasa samada seperti bantal or piramid

Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba..

p/s : tadi en.suami cakap sedap...lagi sedap dr yg kat kedai tu..intinya sedap..tapi kurang minyak..hehe..ada setengah yg melekat kat daun pisang


failed membalut koci

letak minyak kat daun pisang jgn bg melekat

July 23, 2010

Budak Rumah Awam 1

Bila dengar lagu ni teringat kat budak2 rumah awam 1. ~mase tu ade edah, kepol, rohana, zurina, salina, nina, cc, ayu, mie, lili pondan, uzir, atan, nerry, faridah, lily, manje, kakak manje, anak2 cikgu mat, ina pakcik saleh, ijah, edah, along, asri., che yah, oya...ish ramai la....dr yg sekolah menengah sampai ke sekolah rendah mcm kitorang

Aktiviti petang lepas balik sekolah adalah main baling tin ataupung rounders. tapi slalunye main baling tin dengan bola rounders tu antara blok A ngan blok B. Sebab aku sorang je budak blok D maka terpulang la nak masuk blok A ke blok B mana yang tak cukup team lagi tapi selalunya nak masuk geng CC sebab takot kena baling bola ngan CC. kalo kena mau berbirat seminggu. kalo tak geng ngan CC pulak aku rela menyerah diri dr kene baling bola tu dr dia..hehe...dah tu main sampai maghrib...dah bang baru masing2 balik umah

Lepas tu siap2 pi ngaji kat umah makcik kama. Al-fatihah utk makcik kama. Makcik Kama yg banyak mengajar kitorang pasal ugama. Nanti sorang2 la kene baca kat depan dia. Lepas mengaji kadang2 dia bercerita kadang2 buat kuiz..memang best la...dah tu sporting...dia bagi kitorang makan jambu air kat depan umah dia. Manis ,sedap...tapi aku tak penah panjat pokok jambu tu. Biase la kontrol cun. Masa balik tu aku soh la sape2 antor aku balik dulu sebab dr blok B ke blok D umah aku tu ada pokok ketapang. Biase la kat pokok ketapang ada apa?huhu...

Kalo time cuti2 kitorang main pondok2 pulak kat bawah pokok ketapang tu tapi khusus utk kanak2 bawah 12 tahun sahaja. best sgt time tu. mula2 pacak ranting kayu yg besar2 sket pas tu atapnya suratkhabar...hehe...lantainye pung suratkhabar gak...banyak la pondoknya dalam 3 kot. Pas tu ada yg masak2 pulak...hehe kelakor la....

Kadang2 diorang datang main kat umah aku sebab mak bapak aku keje tinggal lah aku sorang je. Selalunya kitorang main masak2 tak pung main kuiz2. kalo main kuiz nanti kumpulan yg menang dapat hadiah. Hadiahnya buku...hehe...

Ingat lagi masa tu darjah 4 ke 5...sekolah kitorang ade buat hari kantin pas tu ntah sape nak jual pecal kot. Pas tu cikgunya soh bawak sayur2 la...yg bebudak ni bijak yg amat pegi merembat kat kebun sayur cina kat blok D tu. Mase tu takder lagi umah awam 2 & 3. Jalan kat blok D pung takde. Jalan mati ada la tuh pung org takot nak lalu sbb byk anjing. Kat blok D umah melayu 4 buah je termasuk umah aku pas tuh umah keling 4 buah & umah cina 6 ke 7 buah.

So aku ni pung ngikot la bebudak ni pi masuk kebun cina tu...yang aku ingat masa tu ada oya, che yag, ayu, manje, faridah ngan sape lagi ntah la....tengah syok2 merembat kangkung tu cina tu nampak. apa lagi menjerit la cina tu. Yang kitorang pung lintang pukang la lari....tak cukup tanah aku rasa masa tu. Nasib takde anjing kejor...huhu...dan esoknya telah masuk berita masa perhimpunan sekolah...sape2 yg berkenaan hanya tertunduk...hehe

Untuk yang berumah tangga sahaja!.

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...FAKTA....sirius....

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?


*amik kat tranungkite online*

Kitakah yang 'penyegan'?

Malam tadi kul 12 aku ckp ngan en.suami "laparla..."
Akukan dah stret posa bulan ni...haha
Pas tu en.suami tanye"nak makan ape?"
Aku cakap " makan megi la" sebab ari ni aku tak masak, pi berbuka kat Tg Dawai.
En.suami belanje makan ikan bakar yang sgt sedap..nyum nyum...
Tetiba en.suami cakap"kuar nak?"
Keluar?syok ni....so kul 1 lepas abis tgk Benci Bilang Cinta kitorang pung menyusup keluar dgn senyap2
Siap tutup semua lampu termasuk la lampu luar
Spt biase bile keluar mlm2 ni kedai mamak je la yg bukak.
Oleh sebab ari ni ari cuti kat kedah maka penuh la org kat makbul tu sampai tak cukup meja
Tapi aku rase kat makbul ni tiap2 malam pung cam tu gak sbb kat nashmir tu tempat dia tak happening langsung.
Baru je duduk terus diorg tanye nak makan apa?minum apa?
Milo ais 1 milo suam ais kosong.
"makan?" mi gorang takmo pedas telur mata 1 megi sup 1.
wah tak hingat padahal kul 8 tadi makan byk giler.
Dan mase tgh makan tu aku tengok ade sorang kuli tu tengah lap almari yg letak lauk2 tu sampai berkilat2.
Kira kalo buat cermin pung boleh jugak la.
Tak macam kedai melayu almari ke raknye kotor giler kadang2 geli tgk.
Adakah sebab melayu ni pemalas atau diorang yang rajin?
Lagi satu kedai mamak ni servis memang tip top.
Baru je duduk terus dtg tanye.
Kalo kedai melayu tu siap kena panggil nak order makanan.
Karang kalo dikutuk org melayu ni marah ckp mengagung2kan kedai mamak.
Tapi tuh la....malas nak cakap!

July 22, 2010

Selesa ke Cantik?


Pilih la yang mana sekalipun, yang bertumit ke flat ke, yang bertumit 1 inci 2 inci, sekalipung 3 inci, platform ke wedges ke.. kalau kita biasa dan selesa, dan yang boleh membawa kita ke tempat2 yang kita suka. Tafsiran cantik pung lain2 kat mata orang..ada org tengok sepasang selipar jepun yang koman tu yang paling cantik..dan ada yang tengok yang berdiamond2, berlabuci dan ber'prada' paling cantik.

Dan aku adalah penggemar selipar ala2 wedges terhebat abad ini...haha...wedges tu sedap sikit la bunyiknya. Tambah2 lagi ade mcm2 design yg kiut miut tu...ke mana2 je mesti dgn wedges tak kira la pi umah kenduri kawen ke pi keje ke pi tgk wayang ke pi jalan2 ke even pi dinner pung aku memakai wedges ku itu. Pas tu bile nak bergambo mesti pesan kat orang jgn amik gambor bawah....hikhik...walaupung kadang2 rasa macam tak kena gaya je..ye la dr atas punya la cun siap mekup ala2 artis tup2 tgk bawah pakai selipar je? si rizalman tu la yg ckp dlm citer Tangkap Muat tu.

Aku ni teringin gak nak pakai kasut tumit tinggi pi jalan2 kat shoping kompleks tu. Rasa macam vogue je bile pakai & lagi satu rasa mcm tinggi je tapi bila memikirkan masa berpoya2 ku bersama sang arjuna itu akan disingkatkan angkara sakit kaki aku terpaksa membiarkan hasrat hati yang nak jadi vogue itu. Dan lagi satu aku tak nak la sejarah yang mungkin berulang.

Sebenarnye aku ni penah jatuh dlm toilet masa pakai heel ni la...haha...nasib baik aku sempat tahan kat mangkuk toilet tu. Ketakseimbangan badan yg menjadi faktor utama kejatuhan aku yg sangat memalukan itu. Walaupung hanya Tuhan je yang nampak tapi aku rasa mereka pasti mendengarnya dari luar. Al maalum la toilet pompuan kan selalu penuh. Aku pung musykil seakan2 toilet & perempuan tidak dpt dipisahkan.

Tapi bila umur dah 3 series ni rasa macam nak jadi seorang wanita dewasa la pulak. Ye la dunia dah maju zaman dah berubah kita pung kena la berubah...huhu....tapi sayang pulak nak mengetepikan wedges ku...ape perasaan dia nanti....

July 21, 2010

Hargailah ia sebelum terlewat

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Namun dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".


~Diambil dr rakan fB~

July 20, 2010

no make-up?no way!

Perempan ni cantik mekup ke cantik time tak mekup?ada yg cantik time mekup ada yg scary time tak mekup...hehe..tapi suka la tgk artis2 korea diorang ni mcm tak mekup pung...diorang cuma pakai eye liner n lip gloss je...sgt cute!ada jugak yg mekup lebih sikit tapi takde la mcm artis malaysia ni kalo tak tebal tak sah...yg peliknya berlakon jadi org susah tapi bulu mata tak tinggal....haha

Sebenarnye aku pung suka bermekup. Sebabnye?

~nak cantik la...kalo kita bermekup kan nampak cantik & segar tapi jgn la over dowh!
~nak cover apa2 yg kurang...contohnya pori2 besar, hidung tak mancung, nak lebatkan bulu mata, dark circle...kalo nak muka nampak runcing pung bole tau...haha
~menambah keyakinan diri....yg nih susah nak citer...
~mengisi masa lapang...kadang2 kalo takde keje nak buat aku pi la try mekup ala2 artis tu...contohnye belajar style mekup artis korea kat youtube ;) so marilah kita bersama2 belajar kat youtube camne nak mekup ala2 artis korea...less is more rite?

Lagipung tak salah kita nak merias muka kita walau hanya secalit gincu tanpa niat yang tak elok ;) just to look cheerful, healthy and clean dari orang tengok kita macam nak termuntah takpung orang terkejut tengok muka kita macam hantu...haha

pelakon full house

pelakon my girl


pelakon Successful Story of a Bright Girl

pelakon coffee prince





Le Tour de Spg 4

“Trust yourself. You know more than you think you do.”

(Petang tadi aku, syuhadah & faridah dah set date nak jumpe pd 31.7.2010 kat masjid jamek so teringat la citer ni yg berlaku 14 tahun yg lalu...wah sgt nostalgia!)


Suatu pagi yang hening kelihatan 5 orang anak dara form 4 tgh siap2 nak melaksanakan misi berbasikat ke sungai tiang, selekoh. Hujan renyai2 yg mula membasahi bumi seakan2 mengiringi anak2 dara yg cantik & gebu itu....hahaha

Aku, faridah, kepol, rohana & syuhada berkobar2 ni nak kayuh basikal dr hutan melintang ke sg tiang...kalo naik bas & jalan tak jem setengah jam kalo naik basikal korang kira la sendiri.....idea ni tak tau la datang dr otak sape yg miring itu tapi kitorang pung miring jugak sebab menjadikannya realiti....seminggu sebelum misi bermula kitorang pung mencari & meng'aim' basikal sape yg kitorang nak kayuh nanti...budak laki je yang ada basikal gear tu....akhirnya dpt la kitorang mengumpul 4 buah basikal yg ada gear tu & sebuah basikal racing ~erk!~ oleh sebab faridah yg paling tinggi dia la kene bawak basikal racing nerry tu....hehehe

Pagi tu start klu 8 lebih kitorang pung start jalan lepas baca doa naik kenderaan. Dengan gamblenye hanya berseluar trek, tshirt, cap & kasut sport murah sambil menyandang beg yg ada air & kopok2...takde la pakai helmet ke yang kat lutut ke yg kat lengan tu ke ye...harap maklum....Oleh sebab hujan renyai2 menemani perjalanan kami maka banyaklah perhentian & persinggahan di kala hujan semakin lebat. Bila dah reda baru jalan balik...Ish rase teruja gila la time tu...Dan kitorang terasa macam masuk le tour de langkawi pulak bile ade yang hon2 & pandang2 kat kitorang

Kitorang sampai kat Sg Tiang dalam tengahari. Ya Allah sakitnya pungkuk dok atas sit dia yg kecik tu & dan2 pulak basikal aku rosak...eee geram nasib dah smpai sg tiang. Hampehnye Zul bukan nak cek basikalnya ok ke tak. Aku memaki hamun si Zul Loko. Lepas tu kitorang terus ke rumah besfren aku masa kat hostel, azliza. Yang paling syahdu mak dia dah masakkan nasi utk kitorang. Macam tau2 pulak yg kitorang dah kebulor tahap cipan. Lepas makan rehat2 jap & kitorang nak pi lepak ket tepi pantai Sg Tiang dengan di tour guide oleh azliza yg naik motor. Thn lepas masa aku datang lepas abis PMR aku boleh kutip lala kat tepi pantai tu. Tapi keterujaan itu mati serta merta bila tengok dah ade benteng batu2 besar kat tepi pantai. azliza cakap takot banjir. Tak dapat la kutip lala lagi huhuhu....

Pas tu pukul 2 lebih kitorang pung nak berangkat pulang dengan keadaan cuaca macam kat tempat omputih tu...walaupung panas tapi sejuk je....yer la baru lepas ujan...Masa balik tu tak banyak la perhentian & persinggahan perut pung dah kenyang. Tetiba ada la 2 orang mat motor ni (masa tu xde istilah mat rempit lg) mengorat kitorang tapi si kepol ni je yg rajin melayan. Diakan gatal lebih sket dr kitorang tuh yg kawen cepat tu. Haha...tengah2 dia melayan tup eksiden...tayar basikalnya bengkok...eeee hangin betul la dgn dia ni. pas tu mamat tadi nak bawak pi kedai basikal & si kepol nya balik ngan budak tu.

Kitorang meninggalkan kepol. Masa tu dah nak dekat sampai umah kat parit berapa ntah...Kitorang sampai umah kul 5 lebih....Alhamdulillah....tak sangka berjaya jugak misi kitorang ni....

July 19, 2010

no women no cry

Inception

Semalam pi tengok citer ni kat village mall kul 1.55...mula nak tgk the backup plan tapi ade 1 je kul 6.45...kitorang pung gamble la amik kul 1.55 ngna tak makan ape2 dr pagi yg kunun2nye nak mkn cikedis je dlm tu kang...b4 masuk tu kitorang pi la beli roti pizza 2 & cheese bun 2...air mineral 1 & sprite 1...

Cite ni leonardo berlakon...hehe suka aku suka....aku yg tgh kebulor pung start mkn pizza...dah lame tu tetiba rektot ckp rasa tak pizza ni lain macam....mcm berbau jerk!aku yg dah mkn setengah pung berenti la dgr dia ckp cam tu...maklum la tgh kebulor pas tu mata mandang mr.cobb so xleh la nak pikir psl pizza tu sedap ke berbau ke....pas tu aku makan lak cheese bun tu...nasib rektot tak cakap pa pe psl bun tu pulak...

Menengok citer ni mula2 nye pening kepala aku...kira 1jam pertama tu aku tak paham ape yang dia cakap....ada la dekat 2 3 kali aku tanye rektot " bie paham ke citer ni?" dia cakap paham...dia tanye aku balik aku paham ke tak aku pung ckp paham je la...so mase tgk citer ni aku mengfokus 100% sambil otak aku berfikir...

Citer ni pasal nak masuk dalam mind orang umpama mimpi dalam mimpi macam lagu damasutra tu....Mr.Cobb ni (leonardo la) seorang ahli dalam alam separa sedar (subconscious mind)dan mencuri idea2 klien melalui mimpi...pas tu saito ni bisnesman nak si cobb ni memasukkan sebuah gagasan idea ke dalam mimpi robert fisher, bisnesman yg mewarisi perniagaan ayah dia.

Si cobb ni yg terdesak nak balik nak jumpa anak2 dia sanggup la terima projek tu & start situ la dia cari team dia & memulakan misinye nak masuk sampai 3 layer mimpi...haha...poning den! So sape2 yang nak pi tgk tu kena pi makan siap2 & jgn stress sbb Inception akan membuatkan otak kita mengikut scene2 yang cepat dengan cerita yang rumit tapi best la..yang penting dia cakap dalam mimpi tak boleh masukkan memori sebab nanti kita keliru yang mana mimpi & yang mana realiti....

July 16, 2010

Try la...


~Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong..lihatlah keajaibannya...subhanallah..rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

(amik kat Fb sape ntah...lupa!)

Bad Guys


Masa pi penang nak mkn kat nasi kandar line clear sume org pandang2 rektot...
kitorg pung pelik la..
rupa2nye baju ni hah yg rektot pakai hari tu...hahaha
Baju ni dibeli oleh member rektot kat penang....
nasib baik tak kena bom ngan org2 penang...

July 13, 2010

uiks!


Mode : tensen

Sebab : br dpt tau sepupu yg br kawen 5 weeks dah pegnen

Kesan : kena usaha lebih sket!

Akibat : kene jawap soalan "korang bile lagi?"



~KaNToi~

Kantoi ni ada banyak versi~kantoi ngan husband, tunang or boipren~kantoi ngan famili or kawan2~kantoi ngan bos~macam2 kantoi la...yang paling tak tahan tengok muka orang yang dah kantoi...hikhik..muka menggelabah je :P

Ari ni aku nak citer pasal anak sedara aku a.k.a anak abang aku. namanya eyan. umur 24 tahun & nak kawen lepas raya nih tapi malam tadi dah terkantoi ngan tunangnye sampai tunangnye nak mintak putus...aku hanya mampu tersenyum je....nak gelakkan kesian nak marah tak sampai hati...hehe tuh la sape soh cari pasal...aku dah ckp dah dulu...jgn eyan jangan tapi tak nak dengor....sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Mak eyan soh aku nasihatkan anaknye sbb eyan ni ape2 mesti citer kat aku...yer la umur kitorg tak byk beza & kitorg membesar same2 tu yang rapat tu...tapi en suami kata"kita jgn masuk campur"~erk~

July 12, 2010

j.a.l.a.n.j.a.l.a.n

11 July 2010

Sejak stokis ditubuhkan en.suami kena cuti hari ahad je la sbb isnin~sabtu kene pi stokis kalo takde outstation...dan hari ni dia dgn baik hatinya membawa aku makan kat nasi kandar line clear yg mana berkuatkuasa sejak april yang lalu telah menjadi tempat feveret aku...hehe...rupanya nak merasuah aku sbb malam tu nak tido kat stokis sbb nak tgk final WC kat screen besar bersama rakan2 se'spain'an...spain ke?haha....pas tu aku mintak rasuah lagi sebuah novel baru habiburrahman el shirazy~Bumi Cinta~hehe aku kan peminat setia habiburrahman ni....

So kitorg pung naik feri menuju ke line clear dgn muka kebulor...sampai2 kat sane tu dia...org beratoq smpi kluaq...dah mcm mkn kat nasi kandar beratoq pulak...aku pung dgn sabarnye pi la beratoq...mase tu baru kul 2 kot...pas tu nampak la sorang mamat ni ala2 familiar gitu...ala yg belakon hotel mania n sumpah bunian, ryzal...tapi aku biasa la taknak menunjukkan kepoyoan aku, aku wat dek je la...haha...kalo dia nak bg aku berator depan dia ok gak aku nak tangkap gambor ngan dia....haha siol je....

Lepas dapat je nasi beriani aku~tak main la nasi putih..hehe~aku pung pi tmpat aku n terus makan tanpa menunggu en.suami...hehe takpe dia memahami bini dia nih....tengah2 makan ade la sorang pompuan cantik ni nak dok kat meja kitorang...meja tu susun 8 kerusi...kitorg dok kerusi yg kat luar...dia nak masuk dlm tu la...lps tu ader 3 org lelaki skali ngn pompuan tu...tengah2 makan en.suami aku cakap tapi tak dengar suara dia itu ana raffali....aku ni tak paham sampai 3x aku ha ape? dia ulang lagi last2 br paham...mane la aku kenal ana raffali sbb tadi dia tak pakai baju kurung...hehe....sebenarnye aku tak minat lagu dia yg hujan bunga kat kuala lumpur tu...tu yang tak berapa nak cam orangnye...kalo yuna ke stacy ke dah lame aku tergedik2 nak tangkap gambor...sanggup la tinggalkan nasi beriani aku tu....

Lepas makan baru la aku buat2 pandang kat dia...tu pung jeling2 je...tak nak la nampak sgt aku tgh tgk dia...hehe...dia tak makan kat situ...diet kot...pas tuh aku berfikir...ish ish ish glamer sungguh line clear ni smpi ramai artis yg mkn kat situ walaupung kedainya cuma kat lorong2 je...lepas tuh aku pung berfikir lagi....nape la artis ni kalo keluar suka pakai spek mata hitam?en.suami cakap stylo....pas tu aku ckp takla diorg tak nak org kenal diorg...pas tu en.suami ckp mane ade artis yg tak nak org kenal dia...si ryzal & ana tadi tu mesti tensen sbb takde org nak tegur diorg or tangkap gambar diorg...aah betol gak...pas tu aku membuat keputusan yg diorg ni nak menyorokkan mata diorg supaya org yg tgk diorg nti tak tau yg artis ni pandang sape...ye kot?

Ape2 je la yg penting aku dpt mkn kat situ & dpt novel yg aku nak tu walaupung kat umah ader 3 lagi novel belom baca....hahaha....

July 10, 2010

If you love large, you've got to hurt large

Aku rase memang cam tu la...kita selalu cepat marah, cepat sentap & cepat merajuk ngn orang yang paling rapat ngan kita walaupung kita tak sedar yang kita rapat giler ngan dia kan....

Aku rase gak kalo yg dah kawen pung mesti pasangan kita yang slalu menyakitkan hati kita kan walaupung benda tu kecik aje....kalo orang lain ada aku kesah?

Apepung besar mane sayang kita & berapa besar sakit hati kita hanya kita yang tentukan...kalo kita taknak sakit hati ngan orang so kita janganla menyakitkan hati orang....haha(macam bg pesanan kat diri sendiri jer!)

July 8, 2010

u jump i jump

Malam tadi kul 10.30 kat tv2 ada cite Titanic....hehe lame giler tak tgk citer nih sampai sanggup la bersengkang mata nak tgk jack dawson sampai kul 2am....mase aku tgk citer ni dulu thn 1997...

Teringat lagi mase tu tgh tunggu result SPM...geng2 aku tak de sorang pung yang keje...biase la budak lepas SPM berkobar2 nak keje tapi kitorg relax je kat umah...so aktiviti utama adalah lepaking kat umah aku sbb mak aku keje....kul 2 diorg baru diorg balik umah masing2 sbb mak aku nak balik dah....

Mase citer nih kuar kitorg tgk kat vcd je kat umah faridah...mase tu aku,faridah,edah,salina n saper lagi yerk?tak igt la...oleh sbb umah faridah je ade vcd so kitorg naik basikal ramai2 pi umah dia kat tmn seri melintang....wah berkobar2 la masing2 nak tgk jack dawson....hensemnye dia time tu....tapi tak dpt nak feel sgt sebab subtitle melayu takde...huhu...walaupung tak berape nak paham sgt tgk je la...tu sebab mase jack mati takleh nak nangih kot...hehe

Lepas je tgk citer tu wah masing2 berlumba2 mengumpul barang2 titanic...ape je yg ade titanic kitorg beli...kalo aku pi kl diorg sume kirim tshirt titanic tu...poskad titanic abis kat kedai2 kitorg borong...ade keychain, cawan, majalah, pemadam titanic pung ade...giler...berabis ni...sampai kan paper bag pung beli...haha...masalahnya sampai skang aku simpan benda2 tu.....haha....

Aperpung aku giler lagi kat jack sampai skang...dan aku dgn poyonye telah menukar nama aku Ina Dicaprio....hehe...sengal!

Hey Jude

Dedicated to En.Hubby ;)

Hey Jude
Songwriters: Mccartney, Paul; Lennon, John;

Hey Jude, don't make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better

Hey Jude, don't be afraid
You were made to go out and get her
The minute you let her under your skin
Then you begin to make it better

And anytime you feel the pain, hey Jude, refrain
Don't carry the world upon your shoulders
For well you know that it's a fool who plays it cool
By making his world a little colder
Na na na, na na, na na na na

Hey Jude, don't let me down
You have found her, now go and get her
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better

So let it out and let it in, hey Jude, begin
You're waiting for someone to perform with
And don't you know that it's just you? Hey Jude, you'll do
The movement you need is on your shoulder
Na na na, na na, na na na na, yeah

Hey Jude, don't make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her under your skin
Then you begin to make it better
Better, better, better, better, better, oh!

Na na na, na-na na na
Na-na na na, hey Jude
Na na na, na-na na na
Na-na na na, hey Jude


July 6, 2010

Malaysia Dilanda Virus Kekurusan

Malaysia dilanda virus kekurusan sekarang ni sampai aku pung terjebak sama tapi oleh sebab dalam badan ni ade hantu nacik yang kuat maka virus kekurusan itu tak 'lot'...hehe....aku pung sebenarnye hairan kenapa la aku sekarang beria2 la nak diet kunun2nye nak kurangkan sampai 15kg...maybe sebab aku tgk kwn2 aku sume pung nak diet jadi aku pung nak diet jugak....

Masalahnya en.suami tidak kisah dgn berat badan aku yg agak comel ini...haha sebabnya dalam famili en.suami semuanya besar2 belaka tapi yg sebelah mak mertua la...kang aku kurus kang mcm bukan ahli famili wak jarah la pulak....

Penah skali aku terkurus sebab sakit...so berat badan aku turun dgn lajunya sehingga 10kg dlm masa sebulan...dah bising cakap rasa tulang pulak...aku ni kalo kurus nampak cam pelik sbb kepala aku besor....haha...muka aku bersegi pulak tu kang nampak cengkung sgt....

Tapi aku tau en.suami tak nak aku gemuk sgt n kurus sgt...yg sedang2 saja.....mcm lagu iwan tu ;p walaupung sebenarnye aku teringin sgt berat aku cuma 50kg je...wah!Bie belanje ayg pi london bole? ;)

Cerita psl london ni sepupu en.suami telah mengabiskan sbyk RM15k utk ke london sebab masa tu dia nak kawen...mase tu berat dia 90kg so b4 kawen berat dia jadi 78kg...mula2 memang turun byk smpi 75kg tapi sampai 1 tahap tu dah takleh turun dah beratnye...turun pung tak byk..oleh sebab dia tak bersenam badannye jd lembik...walaupung badan di bahagian atas nampak kecik tapi tang punggung & peha susah nak kecik sbb memang baka cam tu...ni selepas setahun berkahwen dia dah gemuk giler...sayang pulak pikirkan RM15k tu...kalo ke london betul2 puas hati la gak...hehe

Macam2 org macam2 ragam....

July 3, 2010

Puding Trifle

Kelmarin ada sorang tu publish puding trifle yg dia baru buat kat FB...aku pung terliur la tgk sbb posa kan...hehe...so mlm tu lps berbuka aku pi cari bahan2 nak wat puding trifle setelah studi camne nak wat nye kat youtube...ngeh ngeh ngeh

Mlm tu lps berbuka kat pengkalan ikan bakar, kitorg pi tesco..1st time cr bahan2 nak wat puding...yg bestnye tak kenal esen vanilla pi call mak mertua tanye yg mana satu...kiranye mak mertua aku rujukan utama aku la dlm bab masak memasak ni....

Lepas tu semalam dgn berkobar2 aku pung start buat...sekejap je buatnye pung...ikotla resepinye satu2...sebenarnye dlm internet byk resepi puding trifle ni tp kene pilihla yg mana senang...oleh sbb aku posa so aku xleh la rase puding aku tu...kene la tggu smpi waktu berbuka...

Masa berbuka tu bie yg dah start keje kat stokis balik sat temankan aku berbuka...aku hidangkan puding trifle tu...dia ckp sedap....lain kali boleh buat lagi....aku senyum je....kalo en.suami ckp sedap tu bermakna sedap la tu....kalo dia diam je tak ckp pa pe sndiri fhm la :)


Lepas tu dlm bekas lain aku tak letak buah-bahan tapi tabur ngan cokelat van hautten...topping ngn strawberi...sedap gak ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...